Tuesday 5 August 2014

XPDC CBL Chemerong Berembun Langsir, Terengganu

hai, kali ni memang blogmarathon. alkisahnya, baru lepas raya, ofis pun sunyi sepi keje pun da siap. tak salah rasanya aku fulfill masa yang ada dengan bersihkan blog yang dah bersawang. kali ni aku nak update cite pasal aku pegi Terengganu! well, aku pena mention kat entri yang lepas yang mana memang aku suka gila Terennganu. jangan Tanya kenapa, aku tak ada jawapn untuk itu. Aku pena dengar gunung Berembun dan air terjun langsir ni sangat la cantik. kalo korang nak tau cantik ke tak just google. tempat cantik rugi kalo tak pegi kan! di pendekkan cite, aku ngn member aku pegi. mula-mula  pergi berdua je ngan hafiq yang aku kenal la, yang tak kenal belambak hahhaaa. kebetulan pulak abang joe dengan abng mie pun join! yeay! meriah la gak pendakian kitorang tuh.
 
so kitorang empat orang naik satu kereta dari key el. mcam biasa sume berkumpul kat tol Gombak dan sebelom bertolak sempat gak ketua xpdc bagi t-shirt XPDC CBL. tatau nak rasa ape, sebenarnya ni la experience pertama join hiking dengan open group, join xpdc selama beberapa hari dalam hutan. bak kata pepatah jika tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. kalau tak keluar dari comfort zone, bila lagi kita nak jadi berani untuk mencabar diri. haaa gitu wisdom dan falsafah kite arini. bergerak dari tol Gombak pukul 10.30 mlm lebih kurang. aku tdo jela sepanjang perjalanan alih2 da sampai dalam pukul 5 pagi camtuh. seperti mana yang diberitahu pihak penganjur, xpdc cbl ni memkan masa selama 3 hari 2 malam.
 
tentative die lebih kurang camni:
 
14 feb 2014 (day1)
 
8.00 pagi:  berkumpul kat hutan lipur air terjun chemerong. disebabkan kitroang sampai awal, so sume pun sambung tdo balik kat surau sampai la agak2 da siang. sarapan pagi pun da disediakan apalagi kita tinggal makan jela kui3. pagi tu jugak wat persediaan kali terakhir pe yang kena ada atau pun tak. waktu tu pembahagian ration untuk semua hikers diagihkan. sebelom memulakan pendakian, standard kite warm up dulu and wat sesi taaruf. yeay! dapat gak la kengkawan baru ni kan.hihiii
 
8.30 pagi : waktu yang lebih kurang sume pun memulakan perjalanan dimulakan dengan bismillah
 
10.00 pagi: tiba dikawasan kaki air terjun chemerong! gile lawa, lawa gile! aku tak dapat nak describe cemana lawa die. air bersih biru sume. pe lagi jangan lepaskan peluang amek gambar!
 
10.30 pagi: dah jangan dok teruja sangat. rasa best die kan macam da sampai puncak hahahha walhal baru bpe peratus jela perjalanan kitorang. lepak2 amek gambar sambil makan buah yang mama bawak. pahtu perjalanan diteruskan ke kem balak. kat kawasan ada satu kawasan river cross, so hati-hati jangan sampai tergelincir atau tercelop dalam air.aku rasa kat sinilah kawasan yang agak hardcore, aku tak ingat la pe nama die hahha! dengan beg berkilo2 sabar jelaaaa... nak sampai puncak tak??? haaa kalo patah balik sumpah xada orang sanggup nak teman! sume wajib sampai atas ok! semangat!
 
3 petang: tak sumerang ada yang pace yang sama.macam biasalah ada pace cepat ada pace lambat. dirikan khemah pastu mandi manda!!!! kem balak ni ada satu port tempat mandi yang best sebab betol2 tersorok seswai untuk mandi manda untuk gegel dengan harapan xada la yang sekodeng kan. hihiiii....kalau boleh solat jangan tinggal solat naaaa.... ada gak member yang dok pancing ikan kecik kecik kat sungai tu mcam pelik sebab diorang kata nak wat makan. bila goreng ikan tu kan, sedap .. walau pun kecik la... malam tu chef masak tomyam. fuhh kalo lapar sumebende jadi sedap kannnn.... pahtu malam tdo laaaa.. xsempat chit chat lama sebab penat. kalau ada yang berdengkur standard latu..hahhahaa
 
15 feb 2014 (day 2)
 
10.00 pagi: baru terkedek kedek nak bersiap bangun pagi sarapan sume. pagi tu chef masak nasi ke mee goreng kot hahhaaa.. tak ingat..da lama kannnn. it was 6 months a go. lol! pagi tu sempat amek gambar sebelom xpdc diteruskan. pendakian ke puncak gunung berembut dimulakan! perjalanan die boleh tahan... naik slow slow pasti boleh!!! jgn mental ok!perjalanan kat sini naik turun naik turun, ada satu kem die tu canteq!! aaaa.. kawasan kat sini memnag lawa-lawa. penat gak kalo asek nak mention canteq je kan hahahhaa. sebelom sampai puncak berembun, ada satu tempat tu nama dia taman bonzai! mak ai lawa die tatau macam mane nak mention. rugila barang siapa yang tak amek gambar kat sini..kikikikiiii....
 
1.30 petang sampai kat puncak berembun!!!!! aku merasakan mcam nak hujan time tu tapi sebenarnya tak pun sebab kawasan puncak tu dilitupi pokok canopy. So, kawasan die jadi rendang macam tuh. amek gambar jangan lupa ok! pastu perjalanan diteruskan untuk ke puncak air terjun langsir. perjalanan die agak penat sebab menurun. penat sebab nak tahan brek kaki da la bawak beg berat, kalau tak hati-hati maybe chances injured tu tinggi. tak nak la injured2 ni kan.
 
3.30 petang: tatau da nak cakap ape! seriously lawa! lawa sangat! air hijau biru hijau biru lebih kurang laaaaa. kalau pegi sini jangan lupe bawak goggle, swimming suit dan seangkatan dengannyeeee.... kepenatan yang sangat sangat berbaloi~~malam tu kitorang disajikan dengan keindahan malam yang jarang-jarang korang jumpe kat tengah2 hutan plak tu sambil ditemani dengan terang bulan. malam tu angin sangat sangat sangat sejuk!!! pastikan korang pakai attire yang seswai ok!
 
16 feb 2014 (day3)
 
6.30 pagi: bangunnn awalllll kalo nak tengok sunrise!!! aku rasa pagi tu matahari agak malu kot! tak Nampak sangat moment die, tiba-tiba matahari dah agak tinggi!bukan rezeki kitorang, mayb nextime kot! lepas tengok sunrise, makan sarapan, kitorang siap2 untuk turun. jangan lupa amek gambar lagi tau! lebih kurang kol 9.00 pagi kami bergerak ke Sg Bangang.selepas 2 jam perjalanan kami tibalah di sungai bangan... sebenarnya nama die BANGAN. tempat die fullamakkkkk cantik cantik cantik! haaaa yang BANGAN-G tu sebab... ada dua sebab berdasarkan teori aku, pertama orang ganu suka tambah -g dalam dialek dorang so jadilah bangang. no dua, trek lepas sungai bangan, memang bangan-g oppps! serious mencanak gile.. tapi xada la panjang sangat..semput gak la la kan..hahhaahha.
 
5.45 petang: maka sampailah aku kat tempat masa mula2 kitrang gerak masa hari pertamaaaaaa... sebelom tu,sebenarnya kaki aku terseliuh , sakit die sakit tahap maharani, tak la sampai maharaja sebab aku leh jalan sendiri. huhuuuu... time tu diam jelaaaaa, sebab dok tahan sakit kan... walau macam mane pun aku Berjaya gak menyempurnakan misi cbl! jam 8.00malam sume pun da sampai salam-slam tukar contact sebab sume nak balik dah. jom balik key el! esok nya aku kerja tak amek cuti!!! hahahhaaa..ok da tu je nak kongsi...experience yang aku tak akanlupa sampai bila-bila.k bye!

sg bangan-g yang digembar gemburkan..lawa memang lawa

cantik die sampai tatau nak kate macam mneee

ni kat air tercun langsir!

rugi tak amek gambar banyak2

posing jgn tak posing

tu la guide kite! yg in oren tu...gile lajuuuu

ni kat kawasan air terjun chemerong! lawaaaa sgt!

the aksi!

apasal la pelik sgt goggle kau tuh!

hihiiii gopro in action

air terjun chemerong

taman bonzai

merah menyala.tu tanda semangat berkobar kobar

ni la puncak die!!!!!

kat air terjun langsir tengok sunrise

the shy sunrise

kawasan jeram lesung

jeram lesung gak

Nampak tak sunrise tuh!

heee cheese!

tak penat ke posing nih.lol

serius lawa kat sini! korang ptut sampai sini!











14 comments:

Unknown said...

hensem jgk aq dalam gambar2 ni.huhuh

Johan said...

Ingatkan batang paip air ada kat tempat itu. Rod kamera untuk selfie atau gambar diri.

roshidayahdayu said...
This comment has been removed by the author.
roshidayahdayu said...

singgah sini sis =D

http://roshidayah1992.blogspot.com/2015/03/trip-santai-10-jam-chemerong-berembun.html

Anonymous said...

macam mana ye na pergi?
preparation semua mcam mana? and siapa yang guide jalan dlm hutan tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum. macam mana ye nak pergi ke sini? preparetion semua mcam mana and siapa yang tolong tunjukkan jalan dalam hutan tu?

Unknown said...

Puncak Berembun tu mmg 3405 kaki je ke?

Anonymous said...

Kat mana ye boleh dapat contact guide? Ataupun boleh pergi sendiri even first timer?

Unknown said...

Mau ade permit x ni??...or just bawak guide/yg da penah pegi pon da ok?..

Unknown said...

Kene ade permit x naik ni?

Unknown said...

Nak tanya cbl ni memerlukan guider ke?

Unknown said...

Bro bole dptk kan contact untuk hike tak plzz.. Minta bantuan sahabat

Unknown said...

salam hidayah...bole sy dptkn no.fon guider x?? rncg nk ke sne dlm mse terdekat nih...

Anonymous said...

Nak tanya. Ada contact guider tu tak? ��