Thursday 7 August 2014

Trip ke Port Dickson, Negeri Sembilan

Salam!
 
marathon blogging kali ni nak cite aku ngan family aku pergi bercuti. kalau nak dikira, berapa kerat jela aku g holiday ngan family. rasanya ayah aku tak suka sangat jenjalan ni. die suka duduk rumah main ngn kucing kot.hahhaaa. percutian kali ni mama yang dok beriya ajak kitorang. family aku tak ramai pun, kami hanya berempat: aku, mak, ayah ngn kakak aku. so kalau kemana-mana agak kurang havoc la sebab tak berapa nak ramai.hahhaaa. kali ni mama secara solonya telah membooking hotel kat hotel Tanjung Tuan,Port Dickson. Selalunya every weekend aku mesti merayap , nak dijadikan cerita betapa blessed nye weekend tu, aku free "patah kaki" tak pegi mana-man, so boleh la join trip yang mama nak sangat pegi ni. memandangkan ayah susah untuk diajak berjalan, mama hari-hari dok pujuk..ekekkekkee sebab da booking hotel in advance gituh! sepatutnya holiday ni 3hari 2 malam, tapi ayah cakap, ayah boleh join sampai hari sabtu jeeee. it was like err... ini dikire bercuti ke??macam pergi sensorang je.. kalau ayah balik, mama mestilah balikkkaaannnnn..
 
mama secara bijak memberi cadangan supaya aku ajak kawan-kawan lain untuk bg havoc sikit. yeay! ada gak kawan aku yang sudi teman kan. so aku boleh la stay kat PD tu sampai hari ahad. Hari Sabtu pagi tu plan nak mandi manda kat pantai! itu perkara wajib bile sampai pantai kan! jangan lupa pakai sunblock nanti hitam plak. Lepas tu bende yang teringin aku nak buat ialah main jetski! dari kecik aku tengok ayah ngan mama main jetski. aku tak pernah ada keberanian nak main bende tu, mana tak nye dulu aku kecik lagi kot. Ha! da besar sikit ni mulalah nak cuba semua bende kan...Akhirnya aku ngan kawan aku tiga orang tu main jetski, haaa.. yang paling best ayah yang belanja! ekekekkeee... lama gak kitorang main, seronok! pas da habis men jetski sambung pulak main banana boat! jangan gelak kalau aku kata aku first timer men banana boat! da habis habis main tu semua, kitorang sambung mandi kat pool plak.hahhaa
 
biasalah bila da penat, mandi pun da puas....perut pun lapar. macam biasa naik bilik carik makanan. petang tu jugak mama ngn ayah balik.huhuuu... so aku, kakak aku ngan kawan-kawan aku akan stay kat hotel. malam tu kitorang makan kat kedai mamak je senang. ape aku nak buat esok hari eh? aku pernah godek kat instagram yang mana kat area Tanjung Tuang ni ada satu kawasan yang sngat cantik dengan syarat kena panjat-panjat sikit la. bila aku wat google search, tempat tu jarang dilawati dan susah la nak gather information untuk sampai kat tempat tu. hint yang die bagi, tempat tu teletak kat Hutan Lipur Tanjung Tuan. mcam biasa pakaian hiking yang bersesuaian kitrorang pakai. kakak aku tanak ikut sebab die kate die tak fit nak panjat-panjat nih. Sampai la gak tempat yang dikatakan tu, tapi agak gamble la kitorang nak pegi panjat tempat tu sebab xad guide. pahtu aku tanya la orang-orang kat kawasan tu macam mana nak pegi kawasan bukit yang lawa tu. baru aku tau, orang tempatan kat situ mention tempat tu sebagai Bukit Batu Putih mungkin sebab kat situ banyak batu putih kot. ini hanya lah teori aku je.hahhaa..
 
Tiba-tiba je kitorang dapat guide! hahhaa tak la rasa susah hati takut sesat ke ape ke. pak cik tu cakap, nak pegi peak die ni ada dua jalan; satu jalan tar, satu jalan trekking masuk hutan. kalau nak rasa adventure leh r try jalan trekking tu. tak susah pun trek die... korang akan jumpa satu kawasan yang cantik  bile da sampai kawasan pantai. guide terjun kitorang cakap kalo nak camping situ pun boleh. perasaan panjat kat sini ala2 panjat bukit tabur kat key el camtuh.. cuma bukit kat sini tak la tinggi sangat pun... tapi lawa tempat die! tak leh nak describe banyak sebab memang lawa pun! berbaloi. dah sampai atas perkara wajib mesti ambik gambo la.... da puas hati kitorang turun bawah lalu jalan lain. jalan die agak mendatar mendatar dan mendatar.... jalan punye jalan punye jalan sampaila kat end of road yang mana kat situ la ada simpang ke rumah api Tanjung Tuan. owhhhhhh... ni ke trek yg jalan tar tu. walau macam mane pun, dengan tak ada plan atau senang kate trip terjah menerjah ni berjaya mencapai objektifnye! lepas tu kitorang balik hotel dan baru tau cite sebenar MH370 tu. Memandangkan da tengahari, waktu check out pun da sampai, kitorang packing dan kemas nak balik...
 
ok tu je nak cite.bye! 
 
pemandangan dari bukit batu putih, hutam lipur Tanjung Tuan, Port Dickson

Nampak tak aku eksesais, habis basah ketiak.hahhaa

aku bersama mereka!muka stress sebab silau

tepi pantai

fes time naik jetski

fes time naik jetski sambil pegang gopro

muka macam tahan ber**.hahah

beach boy! wow

mandi kat pool plak

fes time naik banana boat

Nampak cool je kan... padahal kalo duduk depan sekali tak berapa nak cool sgt.hahhaha.

yang belakang sekali siap berdiri -.-

haaa! kat sini ada mak aku!cuba carikkkk

model jetski

ditepian pantai maldeves....hahha

santai santai sambil usha orang

santai sampai puas hati

tempat ni lawa! u should be here!

once upon a time in Hutan Lipur Tanjung Tuan!
 

Trip ke Pulau Langkawi, Kedah

hai dan salam untuk semua!
 
rasanya baru semalam aku cerita pasal pergi pulau kan. ok sambung cerita pasal Pulau Langkawi. sebenarnya aku pergi dah lama, lama sangat...tapi tak sampai setahun pun. pasa masa yang sama gak aku rindu gak ngn kawan-kawan aku masa sambung study. Sementara tunggu viva, aku wat part time kerja. So jarang-jarang dah nak jumpe diorang apatah lagi hangout. kirenya kali ni marathon blogging flashback pulak. rindula kenkononnye.
 
nak dijadikan cerita. kitorang pergi Langkawi kiranya macam sambil menyelam minum air la. mana taknya kan program saringan kesihatan kali ni wat kat Langkawi plak. best tak best tak? hahhaa... kirenya boleh wat pelancongan secara percuma gitu. kitorang bertolak dari kampus Sg. Buloh ke jeti feri kat Kedah tu dalam pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas. then pastu amek feri la nak sampai Langkawi.kali ni tak naik flight sebab bajet ciput, tapi naik bas pun ok la... agak gigih sebab kena angkut barang-barang perubatan yang berkotak-kotak dengan beratnye lagi kan. tu tak cerita dengan keadaan yang amat sesak masa nak masuk feri. hahhaa.. ala-ala adventure gitu!
 
Kitorang sampai Langkawi dengan keadaan yang amat teruja,tak yah cakap aku da tau dahhh sebab korang sibuk bergambar kan kan kan. ini adalah program rasmi penyelidikan, so urusan penginapan dan pengangkutan semua dah diuruskan. Sementara tunggu van yang ambik kitorang datang, sempatlah la kitorang makan KFC. lapar kotttt... pastu pergi Dataran Lang untuk ambik gambar. kalau sampai Langkawi tak sah kalau tak pergi tempat ni sebab Burung Helang adalah landmark Langkawi. Lepas van sampai, kitorang check-in kat Kuala Melaka-Inn Hotel. nama je Melaka tapi kat Langkawi, aku konpius sekejap.lol. malam tu kitorang pegi dinner kat hostel the opposite of ours. Kenapa? jangan Tanya, yang penting tempat tu sangat exclusive makanan pun sodap!
 
Esok pagi, kitorang bersiap untuk ke jeti Kilim Geoforest Park.Kat sini tula kitorang akan buat saringan kesihatan unutk orang-orang tempatan kat situ. petang tu, kitorang jalan-jalan la pulak kat kawasan Geoforest tu! seriously lawa sangat! jalan jalan naik bot pastu tengok burung helang makan. what a day kan! lepas tu singgah Hole in the wall. kat sini kitorang tengok orang feeding ikan. macam-macam ikan pun ada tau. hihii prof sempat la belanja kitorang minum air kelapa kat sini. kawasan die sangat cantik sebab ada banyak replica kapal-kapal, barula rasa macam kat dunia pelayaran gitu.
 
Petang tu, kitorang jalan jalan tepi pantai sambil menikmati suasana petang sambil mkan laksa dan cendol. Kalau pergi Langkawi tak sah kalau tak naik cabel car. pagi tu semua pun bangun awal ngn amek sarapan dulu kat hotel. punyelah semangat nak naik kabel car, akhirnya kitorang berputih mata sebab atas factor cuaca, operasi kabel car tu ditangguhkan sehingga ke sekian masa. tak mention pun pun pukul bape. tak boleh la nak tunggu situ sebab tiket balik kitorang petang. so, as an alternative, kitorang pergi Pantai Kok & Harbour Park. Senang cakap tempat yang banyak kapal layar tu. Datang situ jalan-jalan tengok gambar pastu balik. Sempat gak amek gambar kat pantai, selfie atau gambar lompat da jadi perkara wajib dah.haahahhaa. Sebelom pulang, kitorang pergi shopping barang-barang souvenir coklat ke ape ke, yang seswai lah bak kata orang tu. korang leh pegi kat deretan kedai area Haji Ismail Group atau mana-mana tempat yang jadi tumpuan pelancong g shopping!
 
ok tu je nak cite. Bye!
 
posing kat jeti depan bas

rombongan mak jemah beratur nak masuk feri

mak cik sangat

mak jemah ngn pak jemah rasa eksaited sangat

tula antara medical stuff yg kena bawak. kotak sampai nak hancur sebab merata dah kotak tu pegi.haha

selamat datang Pulau Langkawi!

rombongan mak jemah berkumpul sekali untuk ambik gambo

landmark langkawi

macam sardine dalam tin

masa pendaftaran program

suasa jeti Kilim

ambik gambar ngn orang besar

ready untuk jalan jalan

untungla diorang

the scenery at Geoforest park

amek gambar ngn prof

cun cun cun!

Hole in the wall

bergambar kat depan gua kelawar

mak jemah amek gambar depan hotel

rombongan mak jemah putih mata tak dapat naik kabel car

mak jemah ngn pak jemah sedih

siap siap kenkonon nak pegi sailing lak! hahah

telompat sume bile bumi kena tumbuk.gituuuu

helang

the sunset view

I did selfie

Kilim Geoforest Park jeti

silau, tapi pun boleehhhh

while in boat

group photo at hole in the wall

again!

biar sempit janji sume masuk.haha

gua kelawar

the scenery from gua kelawar

ambik gambar group photo lagikat harbor park

the scenery

kat pantai mane dah konpius dah

on the way balik KL, singgah dulu makan mee udang!

muka-muka kelaparan!hahhaa