Saturday 28 December 2013

XPDC Gunung Datuk, Negeri Sembilan

Assalamualaikum Bloggers!

malam masih muda bukan? jom kite hapdet sikit cerita hari tu. Pada 251213 aku bersama rakan-rakan berjaya menakluk puncak Gunung Datuk! dah lama rasenye aku tak hapdet misi panjat panjat kan. last update bulan 9 aritu cite pasal Kinabalu. So lepas 3 bulan kalo pancit, mengah-mengah xyah tanya la nape kan.haha. Gunung Datuk terletak kat Rembau Negeri Sembilan dengan ketinggian setinggi 885 meter. aku tak cukup otai lagi nak daki G7 lagi. G7 tu pebende? G7 adalah gunung yang mempunyai ketinggin gunung lebih daripada 7,000 kaki bersamaan dengan 2311.6 meter dari aras laut. Antara gunung-gunung G7 yg popular kat Malaysia ni adalah :
 
1. Gunung Tahan (2,187 meter @ 7,186') - Banjaran Tahan , Pahang
2. Gunung Korbu (2,183 meter @ 7,162') - Banjaran Titiwangsa
3. Gunung Yong Belar (2,181 meter @ 7,156') - Banjaran Titiwangsa
4. Gunung Gayong (2,173 meter@ 7,129') - Banjaran Titiwangsa
5. Gunung Chamah (2,171 meter@ 7,119') - Banjaran Titiwangsa
6.Gunung Yong Yap (2,167 meter @ 7,110') - Banjaran Titiwangsa
7. Gunung Ulu Sepat (2,161 meter @ 7,089') - Banjaran Titiwangsa
 
setakat ni memang aku tak pernah khatam dan tak pernah grad G7 ni hahhaa. tapi jangan terkejut kalo aku da grad G12. pebende G12 tu? G12 tu gabungan G7 dengan 5 gunung tertinggi kat Sabah Sarawak. Jadi 7 + 5 = 12. haaa gittew jawapan die. Puncak Gunung Kinabalu adalah yg paling tinggi kat Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 4095.2 meter. Alhamdulillah dah sampai aku kat puncak drama kesukaan aku, Dejavu di Kinabalu. Walaupun aku tak grad G7 lagi, aku yakin G7 lagi tough dari Kinabalu. sebab ape? G7 xad toilet kat checkpoint, xad restoran, xad porter. kite kena angkut backpack yg besar2 tu sendiri, atleast nak naik G7 akan makan masa 4 hari.  

Berbalik pada cite Datuk kite ni, xpdc kali ni pada awalnya disertai oleh 13 orang. Namun diatas faktor-faktor tertentu hanya 10 orang peserta yang berjaya memunculkan diri masing-masing. Kami berlapan iaitu aku, Remee, Hafiq, K-en, Shida, Afdhal, Man dan Lala berkumpul di Petron Ampang seawal jam 4 pagi. Oleh kerana aku berdrama pagi tu, akhirnya aku dan Remee lambat sampai. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke RnR Seremban dan tepat pada pukul 5 pagi kami sampai disana. Jimot dan Azuan tunggu kat sana sebab diorang gerak daripada Shah Alam. Perjalanan dari RnR Seremban ke exit Pedas mengambil masa lebih kurang 30 minit, Kitorang singgah kat masjid berdekatan untuk menunaikan solat subuh dan kemudian perjalanan diteruskan ke Hutan Lipur Gunung Datuk. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap kepala sebelom memulakan pendakian. Alhamdulillah cuaca pada pagi tu sangat cantik. Mana taknya, setiap hari aku risau sebab Kawasan Daerah Rembau di ramal hujan. takkan lah kitorang nak berputih mata datang jauh-jauh, kalau kitorang tak dibenarkan naik sebab hujan. Sampai hari-hari aku update pasal ramalan cuaca kat Jabatan Meteorology Malaysia. hee

Oleh kerana kitorang plan untuk daypack hiking, so xyah la bawak backpack besar-besar. cukuplah bawak air 1L, energy booster (coklat), roti. Baju hujan, headlamp dan ubat-ubatan adalah keperluan standard kalau nak hiking. manalah tau hujan lebat tiba-tiba runtuh dari langit kan. Kitorang memulakan pendakian seawal jam 7.20 pagi dan lebih kurang 2 jam perjalanan akhirnya kami sampai kat puncak. WoW angin kuat gile! aku yang tak berapa nak ringan ni turut rasa nak melayang! hahha... Pada waktu tu sume dah dok sibuk dengan kamera masing-masing. aku pun tak tertinggal sebab nak test baby baru si GoPro tula! lama gak kitorang menghayati suasana kat puncak, adalah dalam lebih kurang 1 jam 20 minit. Cuaca sangat cantik sebab matahari pun sempat memunculkan dirinya. pada masa tu juga, sempat la kitorang mengalas perut masing-masing setelah bersusah payah mengangkut makanan tu kan. Hiker kalini tak ramai seperti mana dakian Datuk yang lepas, mungkin disebabkan perayaan Hari Natal. lagi syiok sebab boleh konker satu puncak tu! tepat jam 10.50 pagi kami memulakan perjalanan untuk turun dan tepat pada jam 12.10 kami sampai di kaki Gunung. Seterusnya perut pun dah lapar ktorang carik tempat makan tengah hari sebelom pulang ke KL.




kawasan lapang sebelom sampai puncak

 



ada matahari! lega sangat dikurniakan cuaca yang cantik pada hari tersebut!



GoPro in action!



pertandingan mata sepet
the signature of Datuk!


testing GoPro


still testing?


nice gak la....8 bintang ntok post ni


bertapa


the view from Mt Datuk


Remee and I


sapa yang paling cute?


candid?


sila focus kat mulut K-en!hahhaa


Rembau most wanted yaw!


selfie sendiri


novel picture?


the route of Mt. Datuk!

 
yeay! Gunung Datuk kami Tawan!

 

Tahniah kawan-kawan untuk yang pertama kali sampai puncak! DAEBAK! dan aakhirnya aku, tak lupa pada Remee dan Hafiq yang juga berjaya sampai puncak Datuk untuk kali kedua! mungkinkan ada untuk kali ke3??tepuk dada tanya fitness.hahha ok tu je nak cite. K BYE! 
 
 
 
 

Monday 23 December 2013

The Engagement

Assalamualaikum and Hye bloggers!

last week I got a task which friend of mine requested me to be her photographer on her engagement day! wow! da berkarat la you..da lama xmain DSLR ni semenjak ada baby baru GoPro Hero3+. DSLR and GoPro tak boleh dibandingkan persamaan dan perbezaan antara keduanya. kalau korang buat pun, result adalah sangat tak significant! Depends kat usage korang sebenarnya.

ok back to main point! ok jom kite tengok apakah result gambar untuk photographer berkarat mcam aku ni :)














 
 
hopefully friend of mine sejak dari sekolah rendah ni berpuas hati dengan hasil gambar-gambar tu untuk dijadikan kenangan seumur hidup! k bye!

Friday 13 December 2013

Euro Trip Diary Part III: Paris, France

hello guys!!
 
its Paris time! hahha over. bak kata orang kan, selagi kita tak kehilangan sesuatu, kita tak akan pandai menghargai. tapi, kali ni aku emerge kan dengan masa. masa yang telah lepas pastinya akan mejadi kenangan pasa masa sekarang tak kira kenangan yang baik atau yag buruk. kan kan kan. ok lets go to the main point. kali ini ak sambung entry pasal Euro Trip Part III: Bounjour Paris!!
 
setelah penat pusing satu London , aku bersama kawan-kawan gegurl aku meneruskan misi penjelajahan ke Paris. kitorang bergerak dari Victoria Station dengan menaiki bas euroline ke Charles De Geulle (CDG) airport. die punye penat sampai aku tido sepanjang perjalanan ke Paris tu sampai berdengkur ke apa ke aku pun tak persaaan. hahhaa. Masa balik ni tak ada pulak aku perasan ada kena naik feri ke tak, atau aku yang betul-betul tido mati. yang penting aku lepas dari emegresen dan selamat sampai CDG. Setibanya di CGD aku dan lain-lain terus ke terminal 2 CDGVAL. nak dikatakan, aku macam da agak expert la kat airport ni. mana tak nya, a day before tu kan aku da stranded lebih kurang 8 jam kat CDG, habis semua pelusuk airport tu aku redah. hahhaa.
 
Tiba masa untuk membeli tiket ke mane???ok dah kate nak check-in hotel kat paris, so kite kena heading ke hotel dulu. kitorang book hotel yang berdekatan dengan stesen utama kereta api yang terletak kat Gare de Lyon. setelah mengamati dan mengkaji setiap factor termasuk kadar kejauhan, kadar kemampuan poket, akhirnya kami memilih Adagio Access Paris Porte De Charenton . harga yang affordable untuk kami bertiga ok! berbalik kepada cerita di CDGVAL, aku pun dengan kelam kelibut speaking france, Bounjor! pahtu speaking la English balik "can I have three tickets to Gare de Lyon please?" OMG OMG.. korang nak tahu pastu orang tu reply ape? die cakap: "orang Malaysia ke?". "oh you can speak Malay???" replied aku. pergh rasa eksaited tahap over sebab jumpe somebody yang boleh cakap malay. bukan itu je yang die tahu, agak fluent jugak la dia cakap. aku sempat Tanya macam-macam dan aku dan kawan-kawan dah rasa konfiden sikit nak travel Paris ni. Almaklumlah kami semua perempuan, pastu sebelum fly g Paris, banyak rumors kate kat Paris ada banyak Gipsi (penyeluk saku tahap advance). gile tak takut!? takut la weh. tapi don't ever show it on your face, buat-buat confident sudeyh.
 
to be honest, kitorang jalan memang tahap gamble. dah kata backpakers kan.hahhaaa. yang kitorang tahu, kitorang mesti sampai stesen Gare de Lyon. so dipendekkan journey kitorrang nak ke Gare de Lyon perly tukar di beberapa stesen iaitu dari CDGVAL (airport) > Chatelet Les Halles > Gare de Lyon. Pabila kitorang sampai kat Gare de Lyon, memasing da putih mata tak tahu nak pegi mana. hahahhaa. apa lagi lets ask the people again. hurmmm diorang tak fasih sangat cakap omputih. kamus electronic france aku angkut kehulu kehilir pun tak membantu. so nak senang, tunjuk je peta yang aku nak pegi tu kat information center, taraaaaa pahtu die bagi la instruction. senang bukan??? hak3. apartment Adagio ni terletak kat De Charenton yang mana aku kena amek train ke Reuilly-Diderot>Michel Bizot. sampai je kat Michel Bizot, aku kena jalan kaki lagi, tapi still blurr kat mane. aku mana boleh excess tenet, tak ada free wifi, kalo nak excess takut kne charge beribu-ribu. so, aku Tanya la orang lagi. "Holla Bonjour! how can I reach to this place?" Im so lucky that the person yang aku jumpe tu boleh cakap omputih. hik3. Time ni kan memasing kaki da penat gile. banyak sangat episode dramanya. hahhaa.. yang penting kitorang sampai di ADAGIO!! yezaa. tips: Tanya je orang kalau tak tahu, bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan kan. abaikan grammar ke ape ke, janji maklumat yang hendak diperkatakan oleh kedua pihak tu sampai ok?
 
yeay! lepas je kemas salin baju sembahyang, kitorang meneruskan perjalanan untuk melawat beberapa tempat di Paris. when talking about Paris, mesti la terbayang Eiffel Tower kan, city of romance. now the next task, macam mane kami nak ke sana?? kalo baca peta kan, terlampau banyak option yang korang boleh pilih untuk ke Eiffel. nak senang, kite Tanya la receptionist. "hye miss, can u help us on how to reach this place, I mean is the easiest route" haaaa giteeww. lepas dapat route yang mana satu nak pilih, kitorang kena beli tiket plak. aku rasa yang ni paling adventure. well, standard la kan kalo nak beli tiket kite gune kaunter kan, but not in this place! sume kena guna self-service. die punye instruction agak mengelirukan so kena la Tanya information kaunter. selepas berkomunikasi gaya orang bisu guna bahasa isyarat akhirnya kami Berjaya membeli tiket! yeay! satu kepuasan.hahhaa. kitorang tak amek travel pass sebab orang yang boleh cakap melayu kat CDGVAL tu kate rugi dan bek tak payah, sebab tu kitorang travel macam orang kebanyakkan je. hihii.. 
 
you know what, London tak macam Paris, Paris tak macam London. I don't know what others say about Paris. kenapa aku kate macam tu? hahhaaa.. biasala orang melayu kampong datang Paris mesti la orang Paris pelik. macam orang negro datang Malaysia, mestila orang Malaysia pelik kan. nak pandang pun jeling-jeling kan. even kalo kite senyum kat diorang pun, diorang akan bertambah pelik. mungkin bukan culture sana kot. yang penting aku dengan kawan-kawan aku seronok cakap melayu sepanjang naik train. time ni kitorang tak berani nak keluarkan sebarang gadget untuk amek gambar ke ape ke sebab telalu banyak rumors pasal gipsi. haha. setelah beberapa minit dalam train, akhirnya menara Eiffel Berjaya menampakkan dirinya. Gile kot ! teruja gile. hanya aku yang tahu perasaan tu.
 

Eiffel tower, Paris. City of Romance

Eiffel tower gaya 1

Eiffel Tower gaya 2

Eiffel tower gaya 3

ramai saje dengan orang. kawasan berhadapan dengan Eiffel

Eiffel Tower gaya 4

Eiffel tower gaya 5

Eiffel tower gaya 6

Eiffel Tower gaya 7

kawan-kawanku yang kecik belaka...hahhaaa

view from the bridge

nampaknya matahari segan nak keluar.

kalau la boleh jentik Eiffel ni.hahhaaa

fevered picture!!!! hanya korang yang tau apa yang terjadi.hahahaa

owh memang Nampak gemuk gile disitu. tapi bila bercampur dengan orang Europe, saiz aku jadi normal.hahhahaa


malu aih..sume dok tengok masa capture gambo ni

we did the jump infront Eiffel Tower.

tatau gaya ape.

macam ni pun bole ke?

bersepah gile dapur kamiiii

nikmat gila dapat makan meggie

sempat gak aku masak sardine kat Paris.hahahahaaa....

bekalan untuk 2 minggu..pergh. mana la beg aku tak berat.makanan je sume sebenarnya

bersepah ya ammpun. re-pack sebelum ke Lyon. tu sume barang souvenir

makanan lagi?

yang ni paling RARE kat PARIS. IKAN BILIS GORENG!!!! sedap gile makan ngn bubur

selesa gak..sori bersepah dah.hahaha

view from our apartment

sikat pun ada kat situ??? da kenyang tdoooo
 
Perasaan takut tu mesti ada, tapi kadar keterujaan tu melebihi kadar ketakutan sikit je. so, kitorang biasa-biasa je. ada gak jumpe orang Malaysia kat sini, tapi diorang tak ramah nak balas senyuman yang kitorang bagi. bukan la semua, maksud aku segelintir saja. adakah mereka merasakan apa yang kitorang rasa? owh tepuk dada Tanya selera. uih tak habes-habes kitorang posing sana-sini. banyak sangat orang jual souvenir kat bawah Eiffel Tower tu. ada yang legal ada yang illegal. yang jual illegally tu harga die murah sikit dari yang legal. apa masuk legal dan illegal ni dedey? adoi. ohh Legal tu maksud die, orang tempatan yang berdaftar jual souvenir situ. illegal tu kebanyakkannya orang negro dan orang asing yang jual souvenir dengan harga yang lebih murah. Souvenir yang dijual tu sama ja. terpulanglah pada korang nak beli dari sapa kan. yang tak bestnye, pejual souvenir yang negro tu suka paksa dan psyco pelancong-pelancong kat situ termasuk aku. aku adalah juga rasa terancam sikit. hahhahaaa. tapi the best tips is, jangan layan diorang kalo korang tak ada sebarang bisnes, jangan layan and don't say even a word pun dan buat tatau saja. jangan terkejut kalau negro-negro tu tau cakap bahasa melayu sebab diorang dah di train untuk marketing diorang. jangan terkejut kalau Nampak negro-negro tu lari bertempiaran lintang pukang dek kerana di kejar polis ok!walaupun begitu,Eiffel Tower still the best place to go and recommended to experience your "city of Romance" by yourself ok!  
 
setibanya di apartment, masing-masing sudah kepenatan dan kelaparan. Tibalah masanya untuk kitorang keluarkan bekal-bekal yang kitorang bawak dari Malaysia. Daripada Meggi, Milo, Vico, Bubur knorr, sardine dan tak lupa juga ikan bilis. hahhaa. apartment ni ada dapur, so boleh masak-masak pa yang patut. malam tu sejuk sangat-sangat and its time to rest.
 

ok itulah cerita kitorang aku menerjah bumi Paris. nantikan Euro Trip part IV menjejaki Lyon, France... tungguuuuu.....