Tuesday 16 July 2013

Euro Trip Diary part 1

assalamualaikum and hai everyone!

harini aku rasa macam ada kelapangan nak update entri merantau kat tempat orang. walaupun tak lama, ianya tetap memberi satu impak yang aku tak mungkin dapat lupakan. bukan itu saja, malah sentiasa teringat-ingat. mungkingkah aku akan kembali ke tempat itu semula? itu yang masih menjadi tanda Tanya.

Ok, kat sini aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang pengurusan aku nak ke luar Negara. Memandangkan ini kali pertama aku nak pergi tanpa ibu-bapa, segala pengurusan aku buat sendiri. Lets check it out!

Langkah pertama:

1) kenal pasti tempat kat mane yang kita nak pergi tu. cuba study sikit pasal lokasi, peta, makanan, cuaca, bahasa pengantaraan, culture dan dokumen yang perlu dibawa.
  • tempat yang aku nak pergi tu Lyon,France  dan aku dijangka pergi untuk urusan rasmi 2-5June 2013. Jikalau aku nak pergi travel tempat lain, aku kena adjust masa dan bajet.

  • study peta sebab kat situ mempengaruhi masa yang akan diambil untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. kat situ korang kena fikir nak guna pengangkutan apa samada kapal terbang, bas, kereta api atau lain-lain kenderaan yang available.korang kena tahu nak stay kat mane dan berapa lama korang nak stay situ.

  • makanan, korang kena tahu jenis makanan halal yang available kat sane. kalau susah nak cari makanan halal, korang boleh bawak makanan sendiri. kat sini ada dua jenis traveler iaitu jalan-jalan makan angin ataupun backpacker. kalo makan  angin boleh la bawak beras, periuk nasi sume tapi kalo backpacker macam tak sesuai je nak bawak periuk dalam backpack korang tu kan. Oleh itu bawak megi, roti,coklat, bubur ataupun makanan instant pun sudah memadai. bawaklah ikut keperluan korang. diingatkan, ada certain country yang strick sikit bab-bab nak bawak masuk makanan contonya macam Austarlia dan Singapore. tak boleh bawak makanan yang tak di"seal" properly sesuka hati contohnya serunding ke nasi himpit ke. korang leh email Negara yang korang nak pergi tu on what kind of food yang boleh bawak dan tak boleh bawak ok. takut korang putih mata je nanti sebab makanan korang campak camtu je.

  • korang dinasihatkan bawak ubat-ubatan yang perlu seperti panadol, painkiller, tigerbalm, etc etc.manalah tau kan. kat sane ada je farmasi, cuma as precaution step. lagi satu aku nasihatkan korang untuk bawak wet tissue. KENAPE? aku takut korang tekena kejutan budaya yang mana, kebanyakkan tandas kat Europe tak ada air. so nanti jangan la terjerit-jerit tak ada air. so, peranan wet tissue boleh diaplikasikan pada waktu tu ok okeyh! jangan lupa bawa set toiletries sekali okeyh!

  • memandangkan Eropah Negara empat musim, korang kenalah tahu musim apa yang korang nak pergi travel sebab menentukan baju apa yang korang kena bawak. kang musim sejuk, lupa bawak jaket..hurm mati kesejukkan la plak.ish3..sedih tu elakkan la ok! kalo musim panas ok la jugak... ala-ala macam kat Malysia gitew. bawaklah baju yang secukupnya untuk kegunaan korang kat sane. bole bawak luggage atau backpack. depends on u!

  • korang kena tahu bahasa apa yang diorang guna kat tempat diorang. kalau macam London senangla sebab semua guna English. Kalau kat Perancis, English bukan bahasa utama. So korang kena study sikit pasal bahasa France ni. tak de la belaja hardcore sangat. setakat greeting ok da.. Sebab budaya kat Perancis, diorang tak berapa suka English. So bila korang greet in France then following conversation guna English , then its ok. kalao susah sangat pun guna bahasa isyarat janji korang faham ok!

  • korang kena tahu samada Negara yang korang nak pergi tu guna passport ataupun visa. nak senang buat la visa. tapi kalao nak jalan-jalan sekejap guna passport pun da cukup. lagipun passport murah sikit,2 tahun lebih kurang MYR200 kot (entah aku pun tak ingat) dan satu hari je passport boleh siap. kalao korang nak travel contohnye Jepun, kena ada Visa, nak buat Visa ni lama dan mahal berbanding passport..so korang kena tahu regulation yang required bila nak masuk sesuatu Negara tu. kalau korang ada lessen memandu international pun lagi bagus.

  • korang kena uruskan keluar masuk duit dan perbelanjaan dengan teratur. nak senang guna kredit kad. kalau student macam aku yang tak layak ada kredit kad, Debit kad pun boleh guna. korang kena cek what kind of credit card yang available kat Negara yang korang nak pergi tu. tapi yang common "mastercard, visa, American express". kalau tak ad, cepat-cepat apply ok, pastikan kad tu worldwide use dan aktifkan sekali penggunaan kad semasa diluar Negara.

  • kalau korang guna smartphone, korang leh access free wifi kat airport atau mana-mana tempat untuk bagi tau kat parents untuk update korang da selamat sampai. tapi, aku nasihatkan korang aktifkanlah nombor telefon korang untuk roaming, for emergency or etc. atau korang boleh beli simcard sane untuk kegunaan dan keperluan semasa kat tempat tu.

  • memandangkan korang mestilah bawah gajet kan, cariklah universal plug yang sesuai dengan Negara yang korang nak pergi tu. Lain Negara, lain jenisnye ok. nak senang beli la 5 in 1 tu....tak payah risau dah.

  • Matawang: kenalpasti matawang yang laku kat Negara yang korang nak pergi tu.

Setelah korang kenal pasti semua benda yang required tu... ok langkah ke dua:
  • Korang boleh cek harga tiket kapal terbang. kalau rajin carikkla harga promo ataupun korang leh arrange style transit. biasanya transit mencabar sikit sebab tak direct sampai. Transit tu maksud aku, bukan transit kapal terbang dengan kapal terbang tapi korang transit guna apa sajaha pengangkutan nak sampai ke tempat tu dengan kos yang lebih jimat. So aku dapat tiket promo ke France pergi balik dari Tanah air tercinta MYR2500 pada 28hb Mei 2013. Plan aku konon-konon nak tour Europe. so aku plan macam ni PARIS >bus + ferri > LONDON > bus + ferri > PARIS > kereta api > LYON. mesti korang terfikir nape aku tak drop kat London je kan. sebab tiket promo tu valid untuk pergi ngan balik dan lagi satu kitorang plan nak tour Europe bila dah beli tiket MAS A380.
    • tiket kapal terbang, korang boleh beli online. kalau ada problem beli online, boleh je pergi mana-mana kaunter yang sah jual tiket kapal terbang tu dan biasanya kat airport jela senang.
    • tiket bus pergi London, aku beli online je kat website Euroline. determine dari mane ke mane korang nak pergi .  aku ambik bus dari Charles de Gaulle Airport ke Victoria station London.  perjalanan memakan masa selama 8 jam.ad option lain korang leh amek fast train, 4 jam dah sampai tapi mahal sikit la berbanding tiket bus.
    • Tiket kereta api dari Gare de Lyon ke Lyon aku ada masalah masa nak beli online. so, alternative lain, aku pegi beli daripada agent kat pacific world travel sdn. bhd. kat Kuala Lumpur.
    • Korang boleh beli daypass atau kad untuk pengangkutan tube atau pun tram. Kalo kat Malaysia kita panggil macam kad TnG nak naik monorail

  • Kemudian,korang kena tahu korang nak duduk kat mane. nak hotel 5 bintang ke hostel ke sume pun ada. untuk style student macam aku, kitorang carik hotel yang tak berapa nak high la bintang die. boleh cek dekat Agoda.com, hostelboockers.com atau mana-mana website untuk book hotel. ada dua kaedah pembayaran hotel, depends kat pihak hotel. ada yang terus deduct dari account ataupun bayar upon arrival.

  • Buat passport ataupun Visa. determine tarikh yang korang nak pergi tu...pastikan tak la lama ataupun sekejap sangat dari tarikh korang nak depart tu.kalau cepat sangat takut rugi, kalau lambat sangat takut kelam kabut. so pandai-pandai adjust tarikh la ye...

  • kalau korang nak pergi atas urusan kerja, korang boleh minta sponsor daripada mana-mana badan yang korang rasakan boleh. yang ni paling kritikal sebab korang kena sedikaan kertas kerja dan dokumen yang patut. hal ni bukan amek masa sehari dua, bahkan berbulan-bulan.So kena prepare awal-awal ok!

  • sediakan lah checklist untuk double check sebelom depart tu. Sediakan dokumen yang sepatunya dan aku nasihatkan korang Photostat passport korang atau mane-mane dokumen yang patut untuk back up kalau ada apa-apa. korang boleh dapatkan peta dari mana-mana bookstore untuk persediaan.  

tiket kereta api dari Gere de Lyon ke Lyon. korang tengok Mr Bean Holiday x? haaa.. die naik train ni la...SNSF train

the RailEuro ticket!
 

London Underground Tube Map

kad Oyster, kalo kat Malaysia macam TnG . yg ni resit je mase topup ok..hahhaa

pocket map and guide, aku beli kat MPH

bulatkan kat tempat yang korang nak pergi supaya tak pening kepala nak cari jalan

ni yang paling penting, buku merah jangan lupa bawa

MAS A380

London tube map


ok setakat ni je persediaan sebelum pergi oversea..... bersambung untuk pengembaraan yang seterusnya.

Sunday 14 July 2013

Angsi dah Nuang, bukan sampai disitu saja

 
 
hello guys!
 
malam ni macam terajin la plak kan sebab buat dua entri sekali gus, dalam entri ni pun nak update dua cerita..
macam nak flash back la jugak.. kali terakhir aku hiking rasanye around march. sekarang bulan 7. dalam masa 3 bulan ni macam-macam dah terjadi. mungkin terlampau busy atau pun stress membuatkan aku makan tak henggat dunia?? im gaining so much weigh bro!!
 
dah berabad, berzaman berhabuk bersawang baru nak sambung entri kan..
nak tau sebab apa tiba-tiba kena bersemangat?
sebab aku nak pegi hiking lagi awal bulan 9 nanti...
disebabkan stamina da low, berat pun da naik, pipi pun da kembang..
aku update sikit pasal zaman-zaman rajin hiking yang boleh dikatakan agak fit untuk inspired aku sikit la kan..bak kata orang boost up!
 
sambungan entri Gunung Angsi,
akhirnya aku berjaya gak sampai puncak!
menariknya pasal gunung angsi, cabaran naik cerun bukit yang tajam.kena guna tali
aku tak ad plak nak amek gambar yang tu... dup dap dup dap..mencabar kot
tapi dengan bantuan member, semuanya ok je pun.. boleh tahan gak angsi ni...
    
hentian di kem tangga batu, on the way to gunung angsi


pemandangan dari gunung angsi


aktiviti biasa setelah menawan puncak angsi

Angsi! finally I reach u!



ok yang ni cite pasal aku g XPDC gunung nuang ke2
XPDC kali ni melibatkan tujuh orang peserta
seperti kat gambar aku sorang jela perempuan.
tapi ada lagi hiker perempuan cuma group yang berlainan.
kami bermula agak lambat sebab tunggu kawan yang lagi satu tu tak sampai-sampai. tepat jam 8.30 pagi kami pun memulakan pendakian. disebabkan ini adalah kali kedua, aku mencabar diri sendiri untuk buat rekod yang lebih baik.
cuaca hari itu sangat baik. macam biasa pendakian dimulakan dengan bacaan ummul kitab alfatihah.
keadaan trek pada masa tu agak teruk sebab banyak pokok yang tumbang menyukarkan pergerakan kami. trek juga licin pada masa tu, yang mana aku pun hampit tergelincir.
malah terdapat juga Tanah runtuh yang menyukarkan lagi pendakian kami

jika pendakian sebelum ini kami Berjaya sampai ke puncak pada jam 1.30 petang, kali ini kami agak lewat sampai  iaitu  sampai pada jam 3.30 petang.
dan kami memulakan perjalanan untuk turun pada jam 4.30 petang.
nak dijadikan cerita la kan...semasa menuruni gunung, jarak antara kami agak terpisah sedikit.
disebabkan aku perempuan, aku jalan la dulu
tiba-tiba aku terserempak dengan seseorang.
aku ni da la rabun, tak pakai cermin mata apatah lagi contact lense... bila aku tengok dari jauh kan, orang tu macam melutut seperti mencari sesuatu. aku pun snagka baik, ingatkan ada saintis mana nak carik sampel kan..tumbuhan ke serangga ke?
bila aku dah dekat dengan orang tu,rupa-rupanya die lelaki.
aku tanye die: "eh buat apa kat sini" soklan paling bodoh aku Tanya la kan. die cakap die hiking. mana la aku tak pelik, pada waktu tu da hampir pukul 7 mlm! untuk die sampai ke puncak kena makan masa 2 jam lagi... dah la sorang2...nko tak seram ke?
lepas aku berlalu daripada mamat tu, aku pecut bukan main laju lagi wehhhhhhhhhhhhhhhhhh...
seram pun ada, mana la tau apa-apa terjadi plak kan. aku tak putus-putus berselawat ngn baca ayat kursi.
akhirnya kami semua bertemu kembali di tempat perkhemahan *aku da tak ingat nama dia* kem apatah
masatu ramai hikers yang bermalam kat situ, ad gak yang Tanya kami, betul ke kitorang nak teruskan pejalanan sebab da malam. well perjalanan memalam ni agak bahaya. senang cakap mistik la..da la dalam hutan kan. mula-mula kami bertujuh, satu tarik diri tinggal enam. antara kami berenam 4 orang je yang ada torchlight and headlamp. yang tak ada lampu tu,siap guna nset tab pun bole, janji terang. semua orang bergesa-gesa untuk turun, memandangkan hari makin gelap dan nak hujan.
jalan punya jalan punya jalan, kami seolah-olah terdengar bunyi babi hutan..
SERAM OI!
bile dengar je, semuorang berhenti and freeze.
ok yang ni seram sangat, dah la aku kat depan sekali, nak lari gelap and extremely exhausted.
mengucap banyak-banyak je yang mampu.

rupa-rupanya, bukan babi hutan pun, ianya hanya angin yang melanggar tiang buluh. so bunyi die macam ala-ala babi hutan sikit. Alhamdulillah lega kotttttt.... pada waktu tu, kaki aku pun da sakit , tak ada pilihan lain, aku makan pain killer dose agak tinggi sikit. kalo dulu kami sampai kaki bukit pukul 7 mlm,kali ni kami sampai pukul 9.30 malam.
dah sampai bawah sempat jugak la kitorang makan makanan b-b-q, ada group hiker yang bagi..hehheee...
walau bagaimanpun, kami tetap Berjaya sampai ke puncak Nuang for second time dengan cabran dan pengalaman yang berbeza. sedikit sebanyak memberikan kami sedikit pengalaman.
 


kami berenam di starting point


setelah dua jam perjalanan dari kaki bukit


tak sah kalau xjumpa pacat


don't easily give up


view dari puncak nuang

another view from peak of nuang

nuang!

kena beli kasut baruuu

pedas wehhhh.....xsesuai..hahha

gaya macam hampir terbongkang

we were there!


seperti yang sedia maklum aku akan mendaki untuk XPDC yang seterusnya.
jadi, pada waktu ni, aku da start balik exercise untuk boost up stamina dan jaga makan untuk turunkan berat badan bagi ringan sikit.
aku harap XPDC seterusnya, aku akan Berjaya menawan satu lagi GUNUNG!

ok bye thanks for reading!

Obsesi Cinta Jangan Pergi

assalamualaikum and Hye!
 
 
 
rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan salam ramadhan kat korang semua!
dah tengah mlam ni korang tengah buat ape?
aku ngah wat writing sikit, kerja sekolah...biasala wat malam-malam barulah idea datang mencurah-curah, bak kata cococruch...idea datang mencurah-curang ke ladang gandum.. gitew...haha
tapi ni aku take a break for few minutes..
 
korang pernah tak tengok cerita CINTA JANGAN PERGI kat tv9?
**suka suka suka**
nak dikatakan aku peminat Tizzaqyah lah juga..
dulu die belakon cerita NUR KASIH
NUR KASIH the movie tu aku tangok 4 kali kat wayang, siap nangis lagi...
bagi aku, cara dia bawak dan mendalami watak tu berjaya, sampai aku pun turut jadi gila..hohooo
 
ok back to main point, sepanjang episode cerita Cinta Jangan Pergi di tayangkan,
aku tak pernah miss satu episode pun...
sampaikan aktiviti hujung minggu aku bekukan sekali..
kalo pergi jalan-jalan kat luar pun, aku sanggup tengok tv kat kedai makan..
kalao dah tak ada tv sekalipun, aku tengoklaa kat tonton.com guna tab..
sehingga kan aritu masa candat sotong kat tengah laut, aku pun bukak tab tengok kat tonton..
**bernasib baik sebab line 3G kat tengah-tengah laut full bar kotttt**
tapi line tenet tak selalu nya dapat cover semua tempat kan.....
feel die lain kalo tengok kat tv dengan screen lebih besar hokeyyyhh!
tak pun kalo nak senang boleh download je..
 
sinopsis die lebih kurang camni
 
Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.

Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
 
"Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri"
destinasi penjelajahan seluruh EROPAH???
 
PARIS!
wow!
bestnyeeee
best kot tengok masa episode satu tuu....
diorang g paris... CITY OF ROMANCE
macam angan-angan kalo aku nak sampai
so bile aku tengok cite ni dah cukup puas hati..
 


cinta jangan pergi!suke gile cite niiii
 
city of romance depan Eiffel Tower giteeeeeeeewwww
 tapi siapa sangka angan-angan sudah jadi kenyataan
aku pun dapat gak amek gambar kat situuuuu
sepanjang aku berada kat PARIS, aku terlepas episode CJP
tapi terubat la gak sebab dapat tengok Eiffel Tower live from my eyes
 
sama tak ngn gambar kat cite Cinta Jangan Pergi tuuuuu
haaaaaaa...
 
ada satu je beza..
..
..
...
...
...
 
kat gambar tu aku sorang je..tak ad hero...
mungkin perlu menjelajah ke EROPAH lagi???
 

sama tak sama tak?????? Eiffel Tower only in PARIS...
excited kan kan kann....... tipu la kalo kate tak excited...paris wooooo

 
 
kalo korang xpernah miss episode CJP, Tiz and Remy pun backpackers! me tooo!


detik percintaan Tiz dan Remy dalam CJP bermula apabila diorang naik train....aku pun nak amek gambar dlm train gak....

yg ni bukan kat paris....just somewhere in Europe..korang bole teka kat ne....


pengalaman berada di PARIS ibu kota cinta sangat  sangat sangat

....

yang pasti aku tak dapat nak lupakan.
siapa sangka, aku dapat menjejakkan kaki kat situ..

ok bye! thanks for reading!








 

Monday 8 July 2013

Pengembaraan Mencandat Sotong

assalamualaikum.

Hampir 4 bulan rasanya tak sempat nak update blog. sepanjang masa tersebut, aku sibuk membuat persiapan untuk ke Lyon, France untuk membentangkan kertas kerja. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Kenangan semasa membuat persiapan dan ketika berada di luar Negara adalah kenangan dan pengalaman yang paling indah yang sukar untuk aku lupakan. agak panjang kalau nak buat entri tu. mana taknya, boleh dikatakan melancong sambil belajar la. sepanjang 10 hari berada di luar negara, aku sempat menjejakkan kaki ke London dan ibu kota cinta, Paris. "tak kenal maka tak cinta" itulah yang aku boleh simpulkan sepanjang berada di negara orang.

aktiviti menangkap gambar DSLR bersama pak Abas, the legend
 
selepas pulang ke Malaysia lebih kurang dua minggu, perjalanan dan pengembaraan aku tidak terhenti lagi. well,welcome TERENGGANU! im sorry,  welcome Terengganu AGAIN! setahu aku ini adalah kali ke 6 aku menjejakkan kaki ke Terengganu. So, loghat ganu tu boleh la lepas kat lidah ni. Kali ini aku telah menyertai XPDC candat sotong! tak pernah terlintas kat fikiran aku nak join bende ni dulu-dulu. Pertama-tamanya aku ingin berterima kasih kepada KELAB ORANG HUTAN MALAYA (KOHM) yang telah mengadakan XPDC santai seperti ni.

pengembaraan kali ini telah dinamakan " Candat Sotong Edisi Balas dendam x nak bagi muntah". senang je nak predict, mesti XPDC candat sotong yang lalu ramai sangat yang muntah hijau kan kan kan. *hahha* aku? rasa teruja nak beraksi di tengah lautan pulak. jika sebelum ini aku dah cuba aktiviti di udara contohnya paragliding, bungee jumping, ataupun  mendaki bukit dan gunung,kali ni aku nak cuba aktiviti air. berkayak telah ku tempuh, namun bercandat sotong tidak lagi! selagi tak sampai laut, aku ni tak berani nak komen.hohohoo

para peserta dikehendaki berkumpul di perhentian sebelom tol Gombak sekikar kawasan McD dan burger King dalam jam 10 pada malam 28 jun 2013. tunggu punya tunggu, calling punye calling, semua peserta Berjaya memunculkan diri masing masing lewat jam 11.30 malam. Pada waktu itu juga pengagihan t-shirt rasmi mencandat di beri kepada semua peserta. Oleh kerana aku bertuah kerana dapat menyertai XPDC ini disaat akhir, akhirnya aku berputih mata sebab tak dapat baju. tapi, tutup sebelah mata jela, yang penting bercandat kan kan kan.....

Tepat jam 12.00 pagi, 29 jun 2013, perjalanan kami pun bermula. pada ketika itu, XPDC ini disertai oleh 13 orang dengan 3 buah kereta yang mana kereta-kereta itu telah dipandu oleh Saiful, Tok wan dan abang Mie. manakala 5 orang lagi peserta yang diketuai oleh Haizam akan memunculkan diri mereka di Marang Terengganu. perjalanan dari KL ke Terangganu memakan masa lebih kurang 8jam untuk sampai. azan subuh yang memecah hening pagi semasa dalam perjalanan mendorong kami untuk singgah di masjid berdekatan untuk menunaikan kewajiban seorang muslim. Selesai solat, perut pun dah lapar. Niat dihati untuk singgah di kedai makan untuk bersarapan, namun apakan daya semua kedai makan pun tutup lagi dek kerana matahari pun xsempat nak terbit lagi. oleh kerana itu,kami semua bersepakat untuk singgah di tepi pantai disekitar pantai Marang sambil menikmati keindahan matahari terbit. mashaallah, Cantik!
 

sepanjang perjalanan
 

lovely Terengganu

ayah Long memang terbaik!
 
lebih kurang 1jam menikmati keindahan matahari terbit, kami pun meneruskan perjalanan untuk mencari sarapan pagi. Dah sampai Terengganu, mesti la nak cari makanan Terengganu kan. Macam biasa antara yang paling popular adalah Nasi Dagang. takcukup dengan yang tu, Nasik lemak, pulut, roti canai pun ada... jangan risau. Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Rumah Saiful untuk merehatkan badan setelah menempuhi perjalanan yang jauh. Kedatangan kami disambut baik oleh keluarga Saiful, Oh bukan itu sahaja, kedatangan kami juga telah disambut dengan kemeriahan kucing-kucing Saiful. Wow! comel!...Setibanya di Rumah Saiful, ada yang mencari tandas untuk menunaikan apa yang patut, ada yang terus rebah dan terbongkang, ada yang menonton tv, malah ada yang teruja bermain dengan kucing Si Saiful ni. Abang Joe selaku ketua XPDC masih lagi tidak menang tangan untuk menguruskan keperluan sepanjang program XPDC contohnya keperluan untuk bercandat, menguruskan bot dan mencari chalet atas permintaan sebahagian peserta.

ketika semua peserta lena dibuai mimpi, lebih kurang jam 10.30 pagi, abang joe, abang Mie, Shidi, kak Tini dan aku berangkat untuk mencari barang-barang mencandat. kami dipertemukan dengan ayah long yang sememangnya amat baik. Pencarian dan persediaan  segala keperluan untuk mencandat telah dibantu ayah Long. ha!ini lah pengalaman yang paling mahal, sebab sememangnya aku tak pernah memancing apatah lagi mencandat ok! sebelum hari XPDC, aku adalah study sikit macam mana nak mencandat tu. senang je, cuma belajar dari You tube. hurmmm.. kalo dah dalam praktikal, xtahu la macam mane. Sementara menunggu alat mencandat kami siap, kami telah dijamu dengan lauk pauk yang kaya dengan sotong oleh keluarga Ayah Long. Terima Kasih Ayah Long!

the excited candat_sotong-ers
the umpan

somebody learn about Malaysia Truly Asia


orang kuat KOHM

all in blue
 

hasil bercandat

as first timer

segar dari laut terus ke kuali

hurmm, masa sembahyang mesti dok teringat sotong je ni

sotong goreng tanpa tepung

antara kucing-kucing Saiful

sotong hasil mencandat

happy faces

lovely view: sunrise from Marang, Terengganu

Tepat Pada jam 5 petang, kami telah bersiap sedia untuk pergi ke Jeti. Semua memang tak sabar le tuh. bekas kosong beserta ais hendaklah disediakan dengan tujuan untuk penyimpanan sotong untuk memastikan sotong sentiasa dalam keadaan yang segar. jarak lokasi mencandat kami daripada kawasan jeti adalah sejauh 1jam setangah perjalanan. XPDC kali ini telah melibatkan 3 boat yang mana, boat 1 diketuai oleh Haizam ( 7 orang), boat 2 diketuai oleh Tokwan (6 orang) dan boat 3 diketuai oleh abang Joe (5 orang). Nampak tak balance kan.. tidak mengapa, yang penting mencandat. Jeng Jeng Jeng, untuk memastikan tragedi hijau tidak berulang kembali, semua peserta dinasihatkan agar memakan ubat loya, pening, atau senang kata ubat mabuk laut. kira-kira jam 7.45 petang, kesemua boat telah berada di lokasi masing-masing. Nampaknya kesemua peserta tak sabar-sabar lagi nak membaling umpan masing-masing ke dalam laut. tak sampai 15 minit, nampaknya Saufi telah Berjaya mencandat sotong yang pertama. apalagi berteriakan la, kecoh suasana laut tu sekejap. detik demi detik, masa pun berlalu, masing-masing telah merasai pengalaman bagaimana untuk mencandat sotong.


ada yang geram sangat dengan sotong tu, tak menyempat nak sampai darat.. sotong selamat sampai kuali dulu.. perghh sedap sangat sotong fresh ni, rasanya sangat manis. tak cukup dengan menggoreng, adala... satu bot tu buat megi sotong. bau harum megi tu satu laut boleh tarik hidung. nak dikatakan bahawa meriahnya tangkapan sotong, bila nak makan megi tu kena selak sotong, baru jumpe magi.. amboi! meriah betul ni. cuaca pada malam itu sangat baik, dan juga ditemani oleh keindahan bintang-bintang dilangit. pada malam itu juga, kami telah dikhabarkan bahawa tiada sesiapa pun yang mabuk laut! well done guys!!! misi balas dendam kali ni hampir mencapai objektif.....perjuangan mencandat sotong diteruskan hingga ke jam 2 pagi. fiuhhhhh....inilah rasanya kehidupan seorang nelayan, pengalaman ini sangat -sangat istimewa dan unik.


Pada keesokkan harinya, sebelom pulang ke KL, sempat jugak la kami bersiar-siar disekitar kawasan Terengganu seperti Pasar Payang dan Masjid terapung Terengganu. dah datang Terengganu, jangan lupa beli Keropok Lekor Ok! Kami bertolak pulang ke KL tepat jam 4.30 petang dan tiba pada jam lebih kuarang 11.30 malam. Terima Kasih kepada Keluarga Saiful yang sudi untuk menumpang kami selama 2 hari sewaktu kami berada di Marang Terengganu. Terima Kasih kepada pihak penganjur iaiti Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM) yang telah Berjaya menganjurkan aktiviti seperti ini dibawah kelolaan Abang Joe! semoga bertemu kembali di XPDC yang akan datang.

somebody went to the sea
 
tak tahu nama die, pemberat kot

ayah Long and the participant

ready to be Nelayan!

me not in blue

fresh one!


sunrise from my chalet :)