Monday 11 March 2013

XPDC Gunung Bunga Buah (GBB) dan orang hutan

hello guys! now is lunch hour and i think most of my colleagues had dissappeared themselves. but im not going anywhere since i had my heavy breakfast early in the morning. so apalagi, silalah update blog awak tu?hahha. entri lepas aku da update cerita pasal vampire kat Sarawak, tekan sini . A week after that, aku pergi ke Terengganu dengan alasan untuk makan angin (full entry Ganu kite will be updated soon). Dipendekkan cerita percutian ke Terengganu adalah "awesome", ada yang best dan ada yang horror. mane taknye, tengah bercuti pun sempat kena marah dengan Prof dan sempat jugak la siapkan task yang Prof bagi tu live from Terengganu. dalam hati aku berbisik, kalau lah Prof nak jumpe on the spot ataupun beliau tahu aku bercuti.errrrrr.. At that time, I was so lucky! ahahaa. Tak cukup dengan berita yang tu, aku dimaklumkan yang mana kereta aku masuk hospital lagi. mula-mula leaking in the engine, followed by problem with the radiator and now....as expected. point utama, kereta tu rosak bila orang lain yang guna dan tempiasnya mestilah aku yang kena.( spoil la mood cuti-cuti Malaysia aku niiii)
dah lama rasanya tak balik rumah mama, kekadang rindu gak aku nak makan masakan mama. Mana taknye, ada je aktiviti aku tiap-tiap minggu dan nampaknya niat tu terpaksa aku tangguhkan lagi memandangkan sabtu tu aku nak pergi hiking lagi. ditambah lagi dengan keadaan aku sekarang yang patah kaki, memang susah untuk aku bergerak kesana dan kemari. Sepanjang dua minggu aku penuhkan aktiviti dengan makan makan dan makan. yang boleh aku simpulkan makanan kat Sarawak dan Terengganu sangat sedap. kejayaan itu dibuktikan dengan pertambahan berat badan aku! well done Dedey! so a week after that, aku wat preparation hiking dengan pergi jogging. fuh semput semput pun yang penting aku kena jogging at least 3km. as i had mentioned in my previous entries (click here), i dont want to be a looser!
panjang betul mukoddimah nye niiii....ok start, aku beserta rakan-rakan yang lain berkumpul di hentian R&R Genting Sempah untuk berjumpa dengan guide. Selama ni, kitorang hiking dalam group yang kecik-kecik je and it was not as i expected, WOW meriahnye!! apa lagi, bersalaman dan memperkenalkan diri masing masing la. pada masa tu kitorang diperkenalkan dengan Abang Joe, dan seorang lelaki yang berkaca mata (aku tak tahu nama die lagi), Yaya, Fifi dan Hajar. Secara ringkasnya, XPDC kali ini telah disertai seramai lebih kurang 24 orang. I cannot stated the exactly number of participant because there were some hikers yang da pegi naik dulu. Ini adalah kali pertama aku join hiking dengan official group/club outdoor yang dikenali dengan Kelab Orang Hutan Malaya (KOHM). Jauh disudut hati aku berbisik yang mana, errrrrrrrrrrr...guguplaaaa nak hiking dengan otai..omg omg omg. aku ni biasa-biasa je, tengok saiz pun dah tahu....mungkin tragedi Broga akan berulang kembali??!
Sebenarnya, aim aku sampai puncak kali ni aku nak masak megi. selama ni hiking daypack asyik bawak roti ataupun makanan yang tak perlu untuk dimasak. masa naik Irau, penat-penat aku pikul 6kg backpack yang berat untuk sampai puncak, last-last guide suruh turun segera sebab cuaca tak menginzinkan untuk kitorang stay kat peak tu. macam-macam dah aku bawak untuk main masak-masak, akhirnya terkubur jugak la hasrat tu....jadi, konon-konon nak tebus balik la hasrat tu kat GBB ni. adakah aku berjaya merialisasikan impian aku kali ni?? sila teruskan scroll down mouse anda ok!
untuk mendapatkan keberkatan, pendakian dimulakan dengan bacaan umul kitab alfatihah beserta doa yang telah disempurnakan oleh Tok Wan. Briefing XPDC GBB telah diterangkan oleh ketua XPDC yang dikenali sebagai Yen. pendakian daripada starting point hingga ke kaki Gunung dijangka memakan masa sselama 1 jam manakala pendakian daripada kaki gunung ke puncak dijangka akan memakan masa lebih kurang 3-4 jam dan ketinggian GBB adalah lebih kurang 1.4km. hurmmm.... setakat ni rekod peribadi penah sampai Nuang je yang lagi rendah drpd GBB. training pun lemau, mampukah aku?hahhaaa... ha! Yen ada cakap yang mana, GBB amat popular dengan kemeriahan pacat-pacatnyaaaaaa.... perkara paling utama dalam setiap pendakian adalah setiap pendaki harus menyediakan barang-barang kelengkapan yang mesti/wajib ada bagi seorang pendaki. malang itu tidak berbau kawan-kawan.
the XPDC GBB is about to begin

our team leader and his briefing

the Doa by Tok wan

first timer with KOHM

the energetic faces from participant at the starting point

the one with pinky outfit is our guide. guess what in his backpack?

the view

a girl with her backpack

we were about to reach the kaki Gunung GBB!
aku tak mampu lagi nak ada jam canggih macam otai-otai, so aku pun tak set masa. Yang aku tau, kitorang start hiking pukul 9.20 pagi dan sampai puncak GBB 1.30 petang. pada kali ni, memandangkan aku nak main masak-masak, aku bawak la alat memasak dan yang penting Megi! hahhaa... air sembahyang, satu botol besar + satu botol kecil 100 plus, dan satu botol kecil air kosong. energy booster memang wajib, tak lain tak bukan mesti sneakers dan makanan-makanan yang lain. beg je besar, isi sikit je..hahhaaa. GBB ada kawasan waterpoint, so mana-mana hikers nak melakukan sesuatu yang patut boleh singgah sekejap. Perjalanan diteruskan hingga ke rockgarden. It was extremely beautiful and awesome! tapi lagi cantik kalau cuaca panas dan terang sedikit sebab kebanyakkan gunung-ganang dilindungi oleh awan. kami berehat sebentar di rockgarden dan abang Joe telah sponser makanan tengahhari kami iaitu salted peanut exclusive from Malaysia Airline (MAS). thanks for the energy! sewaktu pendakian, aku masih teingat-ingat suasana Irau. Secara amnya, suasana trek GBB lebih kurang Irau. Cuma Irau seriusly lagi cantik, dan pendakian GBB kali ni ak tak nak kuburkan hasrat aku untuk menangkap gambar alam semula jadi. tidak mengambil gambar sewaktu pendakian Irau adalah sesuatu yang amat dikesali. ini adalah kerana, 3/4 pejalanan pergi dan balik Irau telah ditemani oleh hujan yang lebat. sape yang berani nak keluarkan dslr waktu-waktu genting macam tu kan. tapi tidak mengapa, kekesalan ini sedikit sebanyak telah ditebus di GBB.
the green carpet along the way

species in GBB

setelah berehat selama beberapa minit di rockgarden, XPDC GBB bersama KOHM yang mana pendakian telah diterajui oleh en Rizal telah diteruskan lagi. phrase paling popular sewaktu pendakian, "jauh lagi ke?", "bila nak sampai?" , "tinggi lagi ke?" memang berulang sampai 10x. dan biasanya dah sampai 10 x kali, confirm la sampai..hahhaha.. dan apabila bertembung dengan hikers yang nak turun, memang psiko bila diorang cakap "sikit je lagi"..walhal, jauh lagi ok. sebab tu la aku sarankan, kalo korang nak sampai puncak korang kena letak aim.hahhaa.
GBB starting point at kaki gunung

excited faces

the adventure started

take a break at waterpoint


just 4..

anak sape ni

area of rockgarden

the view from rockgarden

take a break, take a deep breath deep inhale and exhale
the hiking gear

the hiker

the route

the trek

the mossy mossy?
the strairs
detik kejayaan hampir tiba! ahahhaaaa.... akhirnya tibalah di puncak GBB! apalagi masing-masing mengeluarkan makanan masing-masing. perghh macam kenduri, seriously xluak makanan tu pun. yang paling best En Guide kite, iaitu En Rizal a.k.a chef la jugak kan. sebab apa aku kate chef? sbb die bawak minyak masak untuk goreng ayam dengan goreng nugget! perghhh... megi aku aku jatuh ranking bertalu-talu. ada yang bawak roti subway daging kerbau, ada yang bawak roti canai, ada yang bawak nasi, meriah dengan makanan. dengan air kopi panas lagi. hurmmm... meriah betul.bukan aku sorang yang bawak megi, ada juga hikers yang lain bawak juga, milo pun ada. tekuburlah misi megi aku ni, mungkin next XPDC atau mungkin boleh aim masak lamb chop?ha... menarik tu.dah sampai puncak jangan lupa menunaikan tanggunjawab sebagai muslim ok!
the giant subway with daging kerbau and roti canai

the sardin

belasah selagi boleh

kenduri mak cik peah...hahhaa

sedap gile naget ni?sedap ke lapar?

the awesome pinky chef and guide!

GBB we were there!

precious and victory moment after invaded GBB

unforgettable memories KOHM in GBB
Tepat jam 4.00petang, kami mengemas barang untuk persediaan turun daripada puncak GBB. ketika suku perjalanan, hujan telah menyimbah bumi dan menyukarkan lagi keadaan yang mana trek menjadi basah dan licin. pergh, waktu hujan macam ni la pacat aktif untuk mencari mangsa. pada sesiapa yang tak kena pacat, rugila laa...hahaa..pacat ada dekat pinggang aku, memang terbaik! kami selamat tiba di starting point pada jam 7.40 petang. kami bergegas untuk membersihkan diri dan bersedia untuk pulang. bagi aku, ini adalah pengalaman yang menarik kerana pada masa yang sama kami dapat menjalin kasih dan ukhwah antara orang yang baru dan yang lama dalam KOHM. well done everyone!
da habisss...Thanks for reading!

Wednesday 6 March 2013

Sarawak aku datang!

hello guys! it has been a long time i dont write. sibuk mengalahkan seorang professor, nak lagi hiperbola..ha sibuk mengalahkan Perdana Menteri. hakikat sebenarnya aku hanyalah seorang insan biasa. sebenarnya banyak benda yang aku nak kongsi kat blog, memandangkan faktor masa yang menjadi kekangan, aku akan cuba sedaya upaya juga untuk update. ya! aku masih ingat hutang entri mendaki Gunung Angsi dan Gunung Nuang II. jika berkesempatan aku akan update "lumsum" dengan xpdc Gunung Buah yang dirancang pendakiannya pada 9/3/2013. (jika diizinkan dan tiada aral melintang).

Cerita bermula seminggu sebelum 23 Februari 2013, aku beserta rakan-rakan "Research Group" sibuk dengan persiapan untuk Karnival Professor Turun Padang yang bakal berlangsung di Sarawak. persediaan yang dilakukan sama seperti karnival Majlis Profesor Negara (MPN) seperti sebelum-sebelum ini yang telah diadakan di negeri Terengganu di Kampung Gong Tok Nasek dan Kuala Besut. Cuma yang membezakan persiapan karnival kali ini dengan karnival yang lain adalah "target audience". Oleh kerana anggaran subjek bertambah, maka persiapan juga bertambah. persiapan yang dimaksudkan seperti blood tube, jarum suntik untuk mengambil darah dan alatan perubatan lain.
 
the blood tube

specimen container

yeah! a lot of thing to be done
 
Kami terbang ke Sarawak pada 22Februari2013 pada jam 1015, tetapi penerbangan telah ditunda selama 2 jam kerana mengalami gangguan cuaca. Kami Selamat tiba di Sarawak lebih kurang jam 3petang dan telah disambut baik oleh staf Universiti Malaysia Sarawak. Program Saringan Kesihatan yang dianjurkan dengan kerjasama MPN berlangsung selama 2 hari 23-24 Februari di SMK Paku Bau, Kuching, bermula daripada jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

flight delay for 2 hours


it was so lovely! thanks to my beloved 550D


selamat tiba! misi bermula

saya bawak baldi g sarawak..kikikii yang warna kuning tu
 


Majlis Makan Malam Bersama Majlis Profesor Negara


with Prof
Prof Hapizah Mohd Nawawi'sTeam
MPN
kelaparan, sume licin
Seperti yang sedia maklum, lokasi karnival telah dijalankan di Bau yang mana jauh perjalanan diantara Bandar Kuching dan Bau adalah lebih kurang satu jam. Kami telah ditempatkan di asrama UNIMAS untuk dua hari tersebut dan seawal jam 6.30 pagi kami semua sudah bergegas untuk ke SMK Paku , Bau bagi menyediakan persiapan  untuk program saringan kesihatan itu.
 
SMK Paku, we were there! with all the heavy boxes which all of them from peninsular.

small discussion

the signage

the master


they are comingg!!!!
 
registration group
 
may I have your IC please mam?
 

Questionaire group

 

yeahhh! hard to understand Sarawak language...

ukur lilit untuk obesiti identification

blood pressure team

vampire team

 Selesai hari pertama, sempat la jugak petang tu kami berjalan-jalan sekitar Kuching untuk beli apa yang patut sebagai kenangan dan ole-ole. untuk aktiviti malam pula, kami dijamu oleh Puzzle dengan buffet style! malam tu aku tak terasa nak makan malay food, Chinese and Japan cuisine menjadi pilihan dihati. Sedap sangat sushi salmon die, 7 ketul gak la masuk dalam perut ni haaa.....

bas UNIMAS yg telah berjasa
 
good shoe! 4 gunung 2 bukit ku daki, still mantap!
 
as suggested, kubah ria...kat sini ad beli ikan terubuk masin dan kek lapis..hihi


the dimsum...i like most the red bean bun

my feveret! smoke salmon sushiiiiiiiiiiii..nyummm

sarawak! its all about your fault im gaining weight!

the place

 

the glass

my feveret too!

lovely food!


finally the dessert!
the registration and goodie bags

majlis penyerahan sekolah angkat

Dato Amin as the Chaiperson of MPN

UNIMAS in our memories

if u go to Sarawak, dont forget to get kek lapis Sarawak at Dayang Salhah. there are too many types of kek lapis and there a lot of tester as well. i had tried each of them but at the end, i dont what to choose! oh dearrrrr....... 

nice panorama of water front in the evening

and i want to capture the moment!
 
our last day at Sarawak!


the taste of Laksa Sarawak was nice! i thought one bowl was enough! tauke nak lagi!!
 
dont leave Sarawak without trying their panorama cruise boat! 80cent onlyyyyyy
 
yeah the landmark of Sarawak! meowwwww!
 
 

the HMN team, before depart to Kuala Lumpur

last but not least, the precious medical equipment and samples!! arrived safely.
 
yeah! me on the front page of e-Utusan News. i never knew this until i google on the next two days! kind of excited gak..hehheheeee...
in overall, it was nice and memorable memory. there were some good and not-that-good memories. out target audience was not as expected, and we only reached 10% of it. maybe the upper management and my team should improve a lot of things. yeah, we as human being sometimes do some mistakes, and we should improvise ourself after that! we didnt explore Sarawak so much because we had limited time, and our Prof had given a hint that our team maybe will have something like this Karnival again in next 6 months. me, personal view, just dont know how to react. hahhaa.. what ever it is, Sarawak is one of the best place to explore!
 
thanks for reading!