Saturday 16 February 2013

XPDC dan keindahan Gunung Irau

Hello guys! inilah minggu untuk berehat di rumah. seperti yang sedia maklum, minggu-minggu yang lepas aku penuhi dengan aktiviti mendaki. cukup sebulan, aku hiking 4 gunung. seperti yang sedia maklum, sepatutnya aku sambung entri yang lepas,  klik disini, tapi aku simpan dulu. jangan marah ok. pada hari sabtu yang lepas, aku bercadang untuk mendaki Gunung Nuang untuk kali ke-2 sebagai latihan dakian untuk persedian XPDC Gunung Irau. nanti aku update entri pasal XPDC Gunung Nuang kali-2 pada entri yang seterusnya. aku ada masa berehat 2 hari sebelum XPDC Gunung Irau. agak gila jugak la keputusan yang aku buat ni. tak boleh nak tarik diri memandangkan aku dah bayar wang pendaftaran sebanyak RM100 untuk Irau ni. Sehari selepas turun Nuang, seharian aku berhibernasi untuk recover muscle sore and recharge energy. Hari Isnin, kami bertolak ke Cameron Highland daripada Subang Bestari dan pendakian akan dimulakan pada hari Selasa. Jadi aku masih ada masa sehari untuk berehat.
indahnya alam
macam biasa, aku akan menggoogle untuk mendapatkan segala maklumat mengenai Irau dan aku sangat teruja untuk menyertai XPDC Gunung Irau pada kali ini dek kerana pemandangan Mossy Forest yang sangat indah. cantik memang cantik! pada malam Isnin, aku pack barang-barang keperluan yang perlu dibawa. sila rujuk di sini. Aku difahamkan bahawa XPDC kali ini akan bermalam dipuncak untuk satu malam dan turun daripada puncak pada keesokkan harinya. So, aku yang selalu daypack hiking agak gugup, kerana ini baru pertama kali aku mendaki dan bermalam dipuncak. XPDC Gunung Angsi yang lalu, hanya daypack hiking dan bermalam di camp site kaki Gunung. So, keperluan yang harus dibawa untuk naik keatas adalah lebih banyak daripada daypack  hiking dan beratnya juga bertambah. Aku sediakan 5Liter air, 1 botol besar 100plus, 2botol kecil 100plus, 2 botol besar air (minum + air sembahyang), agak banyak kann. sepanjang perjalanan ke Puncak Irau, kami dimaklumkan bahawa tiada puncak air yang boleh didapati. So sebab tu la aku sediakan banyak air untuk kegunaan personal dan emergency. coklat bar, snikers adalah wajib untuk energy booster. selain daripada itu, barang makanan lain seperti roti, dan makanan dalam tin turut aku sediakan. barang untuk memasak jangan lupa. aku sarankan agar setiap pendaki dapat menyediakan keperluan asas untuk mendaki didalam backpack masing-masing. manala tau kalau-kalau kita berseorangan di dalam hutan, sekurang-kurangnya kita boleh survive. selepas siap mengemas, 6kg kot backpack aku ni.
gagah betul.hahha
kabus kabus
sebelum memulakan pendakian, sejuk sudahhh
berat la jugak

Cuaca amat sejuk sekali setibanya kami di tempat permulaan sebelum memulakan pendakian ke Puncak Irau. Kami memulakan pendakian dengan didahului dengan bacaan bismillah. untuk pengetahuan, susunan barang-barang keperluan juga ada caranya, jangan main sumbat je. oleh kerana aku ni first timer, kesalahan sudah dikenal pasti. nak tau? kesalahan ni besar, aku letak sleeping bag kat luar! sepatutnye sleeping bag harus diletakkan didalam backpack yang sudah dilapik dengan plastik. jika tidak, anda menanggung risiko yang boleh menyebabkan sleeping bag anda basah. nasib baik ada raincoat cover untuk second back up. untuk itu, aku selingkan sedikit mengenai tips2 menyusun barang di dalam back pack anda:

1) sediakan semua barang keperluan, kalau boleh simpan baju dan pakaian dalam compression bag untuk menjimatkan ruang.
2) masukkan dan sarungkan ruangan dalam backpack anda dengan plastik untuk menegelakkan barang keperluan didalam beg anda hujan jika hujan melanda.
3) masukkan sleeping beg dibahagian bawah sekali diikuti dengan pakain-pakain lain.
4) masukkan barang-barang yang paling berat dibahagian dekat dengan tulang belakang anda.
5) masukan barang-barang yang lebih ringan dibahagian atas.

Perjalanan mendaki kali ni sangat santai, kerana kami disajikan dengan pemandangan alam semulajadi yang sungguh indah! serius cantik gila! cuaca pun sejuk dan pastinya tidak sempat untuk aku mengeluarkan peluh. namun pada suku perjalanan, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. dengan segera aku mengeluarkan baju hujan. pendakian kami juga dibantu dengan keindahan dan keunikan akar-akar pokok yang memudahkan kami berpaut untuk memanjat. pemilihan kasut juga penting, kerana keadaan trek yang licin dam mudah tergelincir. tak kisah yang mahal ataupun yang murah, yang penting keselesaan.
mossy mossy
lord of the ring Malaysia

seluk tuuuu....

cabaran

so nice!

si baju hujan biru

indahnya ciptaan tuhan


Selepas beberapa jam kami mendaki, akhirnya kami tiba di Mini Puncak Irau (tak sampai puncak lagi). Oleh kerana hujan yang sangat lebat, dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk kami mendirikan khemah disitu, keputusan drastik telah diambil oleh guider yang mana kami tidak akan berkhemah di puncak dan diarahkan untuk segera turun ke kaki Gunung. Namun ramai yang bertekad untuk meneruskan pendakian ke Puncak Irau. kami diberi peluang untuk meneruskan pendakian ke Puncak Irau dengan meninggalkan backpack di Mini Irau, maksudnya kami free body untuk ke Puncak Irau. Cuaca masih hujan, secara jujur aku tidak berani menanggung risiko untuk mengeluarkan kamera DSLR aku. Namun salah seorang sahabat aku, memberanikan diri dengan mengambil risiko dengan membawa kamera beliau. wow! 

selepas 1jam perjalanan daripada Mini Irau, kami berjaya menawan Puncak Irau dan dengan segera kami turun sebelum cuaca gelap. Setibanya di Mini Irau, kami berehat sebentar dengan membentangkan kanvas diatas kepala untuk berteduh daripada terkena hujan. Dengan keadaan yang sungguh terdesak, kami mengalas perut kami dengan roti sambil dicicah dengan sardin dan kari ayam. sangat lapar dan kami amat kesejukkan, namun itulah kenangan yang paling best aku pernah alami. Selesai makan dan berehat di dalam keadaan yang dhaif dan hujan itu, kami berkemas dan sedia untuk meneruskan perjalanan.
tahniah!
sangat gembira.hulk kah?hahhaa

kami adalah kumpulan yang terakhir untuk turun dari Mini Irau, dan aku terlihat ada satu group hiker lain yang bertekad untuk stay di Mini Irau. Oleh kerana, planning untuk berkhemah dipuncak Irau dibatalkan atas sebab-sebab tertentu, maka barang-barang yang berat dalam beg yang dibawa, telah dipikul secara sia-sia. daripada 5Liter air aku bawak, hanya 100 ml je aku minum, dan sedikit air untuk kegunaan lain-lain. Maka aku sedekahkan air sebanyak 2Liter, barang memasak seperti solid fuel, makanan lain seperti milo dan megi kepada hikers yang bertekad untuk stay. mereka menerima pemberian dengan hati yang terbuka. dah rezeki mereka, aku pun dapat ringankan beg.

Kami turun dari puncak irau seawal jam 5.30 petang. confirm xsempat nak sampai kaki gunung sebelum matahari tenggelam. pada ketika inilah headlight/headlamp amat diperlukan untuk menerangi keadaan yang gelap-gelita di dalam hutan. hujan masih lagi turun dan pada ketika ini, kami sudah tidak peduli seluk sedalam paras peha, kami redah sahaja. Akhirya kami sampai di kaki Gunung pada jam 9.30malam. kenderaan telah sedia ada untuk membawa kami pulang ke camp site Sg. Pauh. Namun kami pelajar senior ,terkandas untuk 2 jam dengan keadaan hujan lebat, sejuk dan tanpa khemah. Hak ini adalah kerana untuk memberi peluang kepada pelajar junior yang cedera dan memerlukan rescue yang segera. Akhirnya kami selamat pulang ke camp site Sg.Pauh pada jam 1.30 pagi.
sebelum
selepas
Pengalaman mendaki Gunung Irau adalah paling istimewa yang aku dapat rasakan. walaupun gembira, jauh disudut hati aku amat terkilan kerana aku gagal untuk menangkap gambar keindahan Gunung Irau walaupun kamera DSLR tu memang sentiasa disisi tetapi hanya tersemadi didalam beg kerana cuaca dan keadaan yang tidak mengizinkan. Namun, hati yang terkilan itu dapat aku ubati, dengan salah seorang sahabat yang dikanali sebagai KM yang gila DSLR kerana sanggup menaggung risiko untuk menangkap gambar. Terima Kasih Daun Keladi, Gunung Irau suatu hari nanti aku akan datang kembali!
the geng
the team!


Tuesday 5 February 2013

Cabaran XPDC Gunung Angsi Part I

hello Blogers and readers! lama rasanya tak menapak kat blog ni. tanpa panjang lebar we go straight to the point. seminggu sebelum 3hb februari, mama telah memberitahu aku yang mana majikan mama ada menganjurkan xpdc mendaki ke gunung-gunung ke seluruh Malaysia. ekpresi aku, "wow"! best giler. dan kebetulan pada minggu tersebut aku baru mendaki ke Gunung Datuk. Pengalaman mendaki ke Gunung Datuk sangat best, walaupun ketinggiannya hanya sekitar 880m, cabaran trek setiap gunung ada keistimewaannya dan jangan sesekali memandang enteng dengan ketinggian itu.

aku mengalami konflik jiwa kerana pada tarikh yang sama iaitu 03022013, aku teringin sangat menyertai xpdc Gunung Angsi, dan juga ingin menghadiri majlis perkahwinan BFF Integomb aku ni. Akhirnya aku berkeputusan seri dengan menyertai dan menghadiri kedua-dua xtvt dan majlis walaupun aku tahu masa yang akan menjadi penghalang kami. Namun, semua itu bisa diatur, hendak seribu daya tidak mahu seribu dalih kan. pada xpdc pendakian kali ini, aku berasa sedikit gugup dan gementar sebab penyertaan kali ini melibatkan otai-otai gunung. Jadi, persediaan mental dan fizikal haruslah lebih mantap, aku tak nak jadi looser. Pendakian sebelum ini, iaitu ke Gunung Nuang, Gunung Datuk, Bukit Broga dan Bukit Tabur hanya melibatkan rakan-rakan dan kumpulan persendirian. Jadi, pendakian bersama rakan-rakan adalah lebih santai dan tak berapa skema sangat.

aku membuat keputusan last minute dan tekad untuk menyertai xpdc Gunung Angsi pada hari Selasa 29012013. aku banyak betanya kepada Mr. Google akan barang-barang keperluan yang harus di bawa untuk menyertai xpdc ini. Secara ringkas keperluan yang ada untuk mendaki adalah :

1) backpack/harvesack (beg mendaki)
2) Sleeping Beg
3) sleeping Matt (alas tempat tidur)
4) head lamp bersama bateri extra
5) kasut yang sesuai
6) baju hujan
7) first aid kit atau ubat-ubatan yang perlu
8) khemah
9) peralatan mandi
10) peralatan memasak
11) pakaian untuk persalinan (tidur, solat etc)
12) pakaian sampingan ( tuala, baju sejuk, penutup muka/tangan etc)
13) plastik sampah
14) beg menyimpan peralatan penting
15) selipar
16) parang
17) peralatan menghidupkan api
18) tali
19) makanan dan air yang secukupnya

senarai untuk mendaki

ok, setelah mengetahui senarai yang perlu ada, aku berasa lega sedikit. tetapi berdasarkan pendakian sebelum-sebelum ini,aku tidak menyediakannya senarai selengkap ini. well, hiking dengan kawan-kawan santai-santai, lagipun buat daypack je. Setelah aku menghadiri taklimat rasmi mengenai xpdc Gunung Angsi, aku berasa cemas dan seram sejuk. mana tak nya, testimoni xpdc pendakian otai-otai ni dah sampai merata tempat termasuk xpdc ke luar negara. aku ni budak baru nak belajar je weh. Oleh kerana itu, aku memantapkan stamina dengan berjogging setiap hari paling kurang 2.5 km sebagai persediaan. walaupun ketinggian Gunung Angsi adalah lebih rendah daripada Gunung Nuang, aku tidak pernah sesekali memandang rendah, kerana setiap trek pendakian mempunyai cabaran yang tersediri.

aku belum mempunyai list yang paling utama iaitu backpack! errghhh... oleh kerana kena jadi proper aku kena cari backpack gak. macam biasa Mr Google menerangkan segalanya pada aku tentang bagaimana cara nak pilih backpack yang sesuai. Mula-mula aku berkeputusan untuk memiliki Deuter. start google nak beli kat outlet mane, survey price etc etc. aku nak beli barang-barang keperluan pada hari jumaat 01022013 waktu tengahari selepas menghadiri meeting pagi. ok,plan da cantik! malam tu, aku berwhatsapp dengan otai hiking yang dikenali dengan Mr. Az dan beliau mencadangkan supaya aku membeli backpack Osprey 45L kerana beg tersebut lebih ringan 'lightweight'. aku bersetuju dengan cadangan itu, dan atas cadangan beliau aku mencari beg tersebut di Tearproof, The Curve.



original Osprey with lifetime guarantee

i heart this Osprey!

aku menghadiri mesyuarat pada pagi Jumaat tersebut, setelah selesai aku bergegas untuk ke The Curve mencari barang dan keperluan mendaki. Oh No!!!!!! my car was in trouble! there was leaking in the engine. dengan keadaan tenang aku bergegas ke bengkel. as expected, ada kebocoran enjin yang menyebabkan minyak enjin mencurah-curah keluar, patutlah aku terbau minyak hitam semasa memandu pada malam sebelum itu. aku ingat tiada apa yang kritikal memandangkan level minyak enjin sangat ok, lagipun percikkan minyak hitam tu aku tak nampak sebab gelap. Aku meminta pertolongan daripada ayah, macam biasa ayah selalu marah-marah aku kalau kereta ni ada problem. I was the one yang call ayah, but ayah was the one yang end phone call. menangis air mata darah pun tak guna. macam mana ni -macam mana niiiiiiiiii. Jam menunjukkan 1 tengahari dan aku masih belum mendapatkan sebarang keperluan mendaki. Bas xpdc Gunung Angsi akan bertolak pada pukul 11 malam pada hari yang sama. Barang tak ada, macam mana nak pack! jadi persediaan adalah ZERO.

leaking in the engine. lap guna tisu. sungguh parah pendarahan kereta saya ni :(

Dengan bantuan seorang rakan bernama Ms. S, aku dapat meminjam kereta beliau untuk ke The Curve. Perjalanan kami tidak semudah itu, WOWWWWW!!!! jemm tebaik la kat Ara Damansara ni, meletup-meletup aku kat dalam kereta seperti cacing kepanasan sebab aku da tak keruan, sempat ke sempat ke???!!! Terima kasih Ms. F yang sudi temankan aku kehulu dan kehilir daripada e-curve, ikea dan tesco berulang-alik  3 kali gara-gara mencari barang-barang aku tuuuuuuuuuuuuu....jauh gile ok! akhirnya aku berjaya mendapatkan semua keperluan pada jam 4.45 petang jumaat tersebut dan terus memecut laju ke Sg Buloh.

Setibanya di Sg Buloh, fikiran kembali runsing, macam mana kereta aku ni. ku menggagahkan diri menelefon ayah semula:

aku: ayah, kalau drive kereta ni balik agak-agak sampai ke tak?
ayah: dari tengah hari ada masalah sampai petang ni masih tak buat keputusan lagi??
aku: terdiam (aku kan pergi cari barang)
ayah: elok sangat la tu, nanti kalo balik, bile minyak enjin dah habis, confirm enjin kereta tu rosak, dan itulah kali terakhir adik bawak kereta. lepas ni dah tak ada kereta.selama 30 tahun ayah bawak kereta, inilah kali pertama ayah dengar problem macam ni. itulah bawak kerata sesuka hati, tak pernah nak cek kereta, tak pernah nak wat maintainance kereta sendiri. #$%^&*()#$%^&*(... dah pandai-pandai lah buat keputusan sendiri!
aku : terdiam sambil merawat hiba...(fikir-fikir-fikir-fikir apa nak buat niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)

untuk dijadikan cerita, kereta aku ni da banyak kali berproblem, dan kebanyakkannya aku setel sendiri. pada saat genting itu, aku dibantu oleh rakan-rakan yang baik hati. aku berterima kasih sangat-sangat. pada entri yang lepas aku pernah memperkenalkan Mr. Fai, jadi aku telefon beliau untuk mendapatkan pandangan. selepas beberapa minit berborak dalam telefon, cara alternatif adalah dengan membeli minyak hitam untuk keep top-up, untuk pastikan enjin kereta sentiasa ada minyak la kan.

ok masalahnya, aku nak beli minyak hitam dengan siapa? aku berseorangan pada ketika itu. Oleh kerana Mr. Fai berjauhan dengan aku, beliau tidak dapat menjangkakan kadar kerosakkan kereta aku. aku perlukan seseorang untuk melihat enjin tu dari dekat. Ok the  idea comes in, terus aku call Mr. Fah, macam biasa dia terus datang untuk membantu dan aku pergi bersamanya untuk membeli minyak. Dengan bantuannya aku dapat stanby, top-up enjin kereta tu dengan minyak hitam. Seterusnya, aku masih berasa tidak sedap hati, jam telah menunjukkan 7petang dan aku masih tak balik rumah lagi, packing apatah lagi sungguh jauh sekali. Kali ni aku telah mendapatkan bantuan Mr Ab untuk meng'eskot' aku balik hingga ke rumah. Matahari sudah tidak kelihatan dan hari pun semakin gelap, kalau ada apa-apa yang terjadi sekurang-kurangnya aku ada back-up plan.

aku dan Mr Ab bergerak pulang ke rumah aku yang terletak di Bukit Kapar pada jam 7.15 petang dan akhirnya kami sampai di rumah pada jam 8.10 malam. Pada jam 11 malam bas akan betolak ke Ulu Bendul dari Majlis Perbandaran Klang dan aku ada lagi kurang 2 jam untuk packing barang. kelam kelibut, serius aku takut ada barang yang tertinggal. aku tak tahu nak mula kemas daripada mana. pada jam 10.15 malam aku bergerak dari rumah menuju ke Majlis Perbandaran Klang. OMG OMG!! setibanya aku di tempat berkumpul, dengan hati yang tak boleh digambarkan, THERE WAS NOBODY!! alamak aku dah tetinggal bas ke???????aku tercengang sebentar ............to be continued