Friday 18 January 2013

Aku hanya pendaki amatur yang mencari sesuatu

hye readers! apa khabar? ni hao ma? wo hen hao. xie xie... :) ok, entry kali ni aku nak sembang-sembang tentang aktiviti mendaki bukit atau pun hiking. seperti yang sedia maklum aktiviti ini  amat menarik untuk diceburi terutamanya kepada sesiapa yang sukakan aktiviti outdoor mahupun aktiviti lasak. al kisahnya bermula dengan keindahan pemandangan Bukit Broga, Semenyih, Selangor . Bukit Broga sangat terkenal dengan keindahan pemandangannya terutamanya lalang. oleh kerana itu, Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang. Pengalaman pertama kali mendaki sangat horror, ini baru bukit bukan gunung ok! bukit je.... Oleh kerana last minute planning, aku dan member memulakan perjalanan seawal jam 4pagi, yang mana kami bertolak daripada puncak alam. kami memulakan pendakian seawal jam 6.30 pagi. pada ketika itu aku tak bawak head lamp mahupun torchlight, so sepanjang pendakian  aku memang bergantung dengan pencahayaan member lain. kenapa aku kata horor? sebab masa tu aku gemuk gila, tanpa training aku belasah je naik. manalah tak mengah wehh..habis aku kena tinggal dan aku rasa looser gila! member sume sempat mengamati suasana sunrise siap capture amazing moment, aku? putih mata. dengan rasa kecewa aku tak habiskan pendakian hingga ke puncak Bukit Broga pun, hanya berjaya sampai di bukit pertama. aku ingat lagi,aku ambil masa hampir satu jam untuk sampai puncak yang pertama tu. perasaan aku? horror dan sedih. memandangkan aku guna garmin dalam telefon untuk guide jalan ke Bukit Broga, bateri pun kong. So, punahlah harapan untuk bergambar. sedih dan kecewa ganda dua, sekian.
 
 
beberapa bulan selepas itu, aku telah melakukan anjakan paradigma yang mana aku perlu untuk turunkan berat badan. apa yang aku buat? pergi sign up gym, hire personal trainer, sign up weight management programme, guna produk kesihatan etc. setelah melalui hari-hari yang memeritkan, alhamdulillah aku turun 20 kg! personal trainer aku memang terbaik! walaupun die train aku macam nak mati ala-ala military, tapi memang berkesan. fitness and strenght memang boleh dikatakan mantaplah kalau dalam gym tu. then aku decide nak test fitness outdoor pulak. Kali ni, aku dengan member yang lain bercadang hiking Gunung Nuang! pergh mantapppp... aku google untuk pastikan ketinggian Nuang ni berapa, dan ianya adalah lebih kurang 8kali Broga! adakah aku betul-betul bersedia?aku tak mahu pisang berbuah dua kali okeyh! kali ini aku dah berbincang dengan trainer aku macam mana nak well prepare my fitness. then, the day arrived! ekspidisi Nuang kali ni disertai 5 orang. perghhh..tipulah siapa yang kata Nuang ni kacang goreng!? boleh tahan gak! disebabkan fitness aku da well prepared, so aku boleh katakan, fitness aku memang lebih baik kalau nak bandingkan hiking Broga dulu. Jadi, kali ni aku tak rasa looser. perjalanan dan pendakian bagi kami yang amatur dan bukan pro, telah mengambil masa selama 4 jam setengah untuk sampai ke puncak sejauh lebih kurang 7.5km (6km-kaki bukit ke kaki gunung, 1.5km-kaki gunung ke puncak). Setibanya di puncak, hari mula mendung, dan cuaca amatlah sejuk! kami berada di puncak selama kurang dari setengah jam dan harus turun dengan segera kerana cuaca diramalkan hujan. kitorang turun dari puncak gunung dengan keadaan yang tergesa-gesa, hujan sangat lebat dan ditambah dengan trek licin, mak ai pacat memang confirm naik! akhirnya kami selamat sampai ke kaki bukit. perasaan yang aku boleh gambarkan, PUAS!
hentian di puncak persinggahan! hampir tibaaaaa

mercu tanda puncak Gunung Nuang

finally we did it! cuaca sejuk

kaki bukit

kaki gunung

pokok ni sangat unik ok!

mari mendaki dan terus mendaki
Oleh kerana, sewaktu turun dari Nuang aku telah toleh ke belakang, maka perasaan ingin mendaki tu masih membuak-buak. mana lagi nak daki ni?? aku buat keputusan untuk cabar diri aku dengan keadaan looser aku sewaktu mendaki Broga! kali ni, kami bertiga. Ianya adalah satu pencapaian yang amat bagus bagi diri aku kerana daripada satu jam (dakian Broga kali pertama), aku telah sampai ke puncak Broga kurang daripada setengah jam. perasaan yang aku boleh gambarkan, Gembira sambil meloncat-loncat!
dendamku terbalas!! hiha
lalang oh lalang
lalang tumbuh merata
no word can describe my feeling!
finally i reached peak of Broga Hill!
cabaran
float in the air
kegembiraan sehingga meloncat-loncat
karakter extra memang macam ni.hahaha
 
ok seterusnya, oleh kerana kali ni member-member hiking semuanya sibuk, aku masih meneruskan niat pendakian. Dimana? dekat je..FRIM, Kepong KL. sebenarnya, ini adalah wishlist yang aku nak realisasikan sejak lama lagi, Baru kali ni aku berkesempatan untuk meneroka canopy walk. Pendakian sekejap je lebih kurang 800 meter untuk sampai ke puncak canopy walk tu. perasaan yang aku boleh gambarkan, aku sangat teruja kerana aku berjaya realisasikan impian aku!
canopy walk is in the air bebeh!

trek

gayat kah?

it was awesome experience

finally the wishlist being realized!

the view from canopy walk

satisfied. fly me away please!
setelah beberapa bulan, aku jarang bersenam dan aktiviti mingguan sering dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan, memang aku dapat rasakan yang stamina agak low. nak dijadikan cerita, aku dapat panggilan malam-malam buta yang mana member aku ajak hike Tabur!? tak sempat befikir. YES! aku nak ikut! tak sedar diri, aku pergi tanpa training ok... nak pisang berbuah dua kali ke? hurm tak kesah, aku akan pastikan aku sampai ke puncak Bukit Tabur, KL! kami memulakan pendakian seawal jam 6 pagi. terus-terang la, aku memang mengah-mengah sikit tapi kemengahan tu hilang pabila puncak Bukit Tabur berjaya ku tawan jua. seronok naik Tabur ni sebab trek die banyak batu and for those yang nak try hiking Tabur, pastikan korang pergi dengan kawan-kawan. sangat bahaya dan curam. perasaan yang aku boleh gambarkan, rasanya kalau tak malu aku dah menjerit sekuat hati! malangnya, aku masih pemalu dan hanya senyuman yang aku dapat lemparkan di depan lensa kamera!
mencabar

view of KL from Bukit Tabur

laluan tebing yang curam.beware!

it was so wonderful!

langkah demi langkah

picture of them! lots of thanks guys!

bukit tabur's view from my lense

it was so amazing!

smile guys!

tabur berjaya ku tawan!
secara keseluruhan, mendaki adalah aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan, ditambah pula dengan keindahan pemandangan alam semula jadi . proper training is needed for those who are interested to join this activity! kalo stamina dan fitness dah mantap, apalagi..banyak lagi bukit dan gunung kat Malaysia ni :) setakat ni, aku cuba daki area selangor-kl dulu.
 
 
da habis..k bye!

Thursday 10 January 2013

azam tahun baru 2013: penderma darah tegar

helo guys! what are you doing right now? study? watching drama series or movies esp korea? working? counting sheep while waiting to fall asleep? Im just about to sleep after having tired day as being  part of organizing committee for 2nd Annual IMMB Postgraduate Colloquium 2013. But the courage is still there to ensure the blog is still alive. ok lah, straight to the point. have you ever done something for your community? mungkin susah untuk kita melakukan sesuatu jika kita bergerak berseorangan.Penubuhan sesuatu persatuan pun hendaklah didaftarkan sebagai Non-Government Organization (NGO). selain daripada itu juga,komitmen yang konsisten juga perlu dicurahakan untuk memastikan keberkesanan penubuhan persatuan tersebut.
 
usah risau, ada lagi cara lain macam mana kita boleh berbakti kepada masyarakat. yang paling senang adalah...JENG JENG JENG...Derma Darah!! ramai orang yang takut untuk derma darah? kenapa?  pertama, ramai yang memberikan respon berkenaan dengan rasa sakit. tipulah kalau aku kata tak sakit kan, biasa la tu jarum kan. Some tips kalau tak nak rasa sakit adalah uols jangan tengok masa nurse nak cucuk jarum tu, jangan fikir sangat sakit tu. fikir la masa pergi holiday ke? shopping atau pun makan.
 
kedua, semua takut berat naik? mengikut pengalaman aku,lepas derma darah badan aku tak adalah naik mendadak sangat.kalau naik pun sebab aku makan banyak. lepas derma darah doktor ada bekalkan ubat untuk merangsang pembentukan dan penghasilan darah yang baru. kalau takut berat naik,jangan risau,amalkan lah pemakanan yang sihat. Nak diet pun boleh tapi ikutlah cara yang betul. tidak makan dan berlapar adalah cara diet yang salah. Diet yang betul adalah makan makanan yang seimbang tepat pada waktunya. tapi bagaimana?
 
 
ok..ini adalahcara aku, sarapan pagi adalah sangat penting, makanlah walaupun sekeping roti pun. pada waktu pagi kadar metabolism kita adalah masih rendah, disebabkan oleh itu kita dinasihatkan untuk makan makanan yang ringan seperti roti etc. kalau berdiet lebih baik makan roti wholemeal diet yang mana kalori intake adalah lebih rendah berbanding roti butterscotch ataupun roti putih gardenia. waktu tengah hari pula, adalah dimana kadar metabolism kita adalah tinggi, jadi waktu ni boleh la makan nasi berlauk ataupun apa-apa saja. tapi janganla makan sampai tak hingga dunia,berpada-pada lah. cara aku, sekarang aku tak makan nasi hampir setahun. jadi pengambilan karbohidrat aku ganti dengan roti ataupun pasta esp aglio olio. petang pun sama, kadang-kadang aku makan roti nan, tandori tak pun capati. hahaha...masa zaman rajin pergi gym, aku ada personal trainer (PT) . perghhhhh PT ni train aku ala-ala military,siap bagi meal plan diet. aglio-olio, capati dan tandori ni, PT la yang syorkan. lagi satu minum air kosong banyak-banyak, kalau bole lebih 2L per day. malam kalau boleh tak payah makan lepas pukul 8 malam. waktu tu metabolism badan dah mula turun. kenapa kita tak boleh makan malam-malam? sebab pada waktu tu aktiviti metabolism dah slow down dan aktiviti repairing cell akan aktif. kalau kita makan,sudah lah makanan tidak diproces malah proses pembaikan sel dalam badan juga turut terbantut.
beberapa dokumen yang diperlukan sebelum menderma darah. ini adalah kawasan menderma darah yang sangat selesa.

bersedia!

jom menjadi hero setanding dengan hero-hero hollywood macam superman and batman.hahaha

10 reasons why you need to donate blood


kawasan letak kereta yang disediakan khas untuk penderma darah

foyer utama PDN


nowadays, PDN is open everyday!

my personal rekod

my certificate!
kembali pada tajuk asal, kalau uols berminat nak derma derma, boleh join mana-mana kempen derma darah yang biasanya akan diadakan di tempat-tempat tumpuan, pusat membeli belah adalah sebagai contoh. uols kena lah sentiasa update kat mane korang nak derma. tapi kalau korang penderma darah tegar,aku sarankan uols pergi Pusat Darah Negara (PDN) yang mana tempat adalah tertutup dan lebih selesa. Jangan risau berkenaan dengan tempat letak kereta sebab ada kawasan khas yang disediakan. walaupun rekod derma darah aku masih tak banyak lagi,aku sarankan uols untuk menderma darah disamping kita boleh membantu orang yang betul-betul memerlukan pertolongan. aku dah berazam dan bertekad untuk menjadi perderma darah tegar mulai 2013. korang bila lagi?! jomlah! lepas selesai derma darah, uols dikehendaki untuk berehat sebentar untuk lebih kurang 10-15 minit. kalau uols tak pening ,lepas tu uols bolehla mengisi perut sikit. Biasanya, pihak penganjur akan menyediakan sedikit makanan. dulu aku pernah dapat air milo kotak, 100 plus, biskut,roti, kuih-muih, nasi goreng, sijil dan macam-macam lagi. kalau bertuah boleh dapat key-chain, mug, t-shirt, pen.
berikut adalah kriteria-kriteria jika uols ingin menderma darah:
  1. uols berasa sihat pada hari tersebut.
  2. uols mestilah berumur 18-60 tahun
  3. berat badan melebihi 45 kg
  4. tidur yang cukup dan melebihi 5 jam
  5. tiada masalah perubatan
  6. tidak mengambil sebarang ubat (cth : antibiotik)
  7. uols telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah
  8. uols tidak terlibat dalam kegiatan homosexual, bisexual,penyalah gunaan dadah atau pun menjadi pasangan bagi golongan tersebut.
  9. pendermaan terakhir adalah selepas 3 bulan. 
kalau uols menepati ciri-ciri tersebut,apalagi jom Menderma Darah!

ok da habis, bye!

Wednesday 9 January 2013

Korean Restaurant Gangnam Station : Belacan VS Kimchi

hello bloggers! whats up dude! now im supposed to sleep but I just couldnt close my eyes, banyak sangat nak kena fikir sejak akhir-akhir ni. macam biasa biasa aktiviti sebelom tido, belek la beberapa helaian journal, buku, review article etc etc. tapi serius malam ni tengok cover depan depan buku pun mood tu tak datang-datang. aktiviti selain daripada tu, belek la gambar dalam tab. tetiba....alang-alang tak boleh lelapkan mata di atas faktor-faktor tertentu, apa kata kita update blog sekejap. yeya!

berdasarkan entri yang lalu , aku bercadang untuk ke Gangnam station pada hari Sabtu. nak dijadikan cerita hari sabtu tu aku rasa nak duduk rumah je sebab leka dengan Running Man. malangnya episod 124 RM pasal makan-makan pulak. aiyo sedapnya! akhirnya aku dan mama bersiap untuk ke Gangnam Station! yeya! tepat 5 petang kami pun sampai~~~~

ok! memandangkan ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Korean Restaurant, agak kekok la nak pilih menu apa kan. pilihan makanan agak banyak dan kalau boleh semuanya aku nak cuba! ok memang super excited walhal aku kne kawal makan ni, montel dah sejak akhir-akhir ni.

aku, mama, kakak blur. finally we decided to chooseeee:

ini adalah sup kimchi ataupun kimchi jjigae served with rice! sedap *mintak maaf gambar comot* masa makanan dihantar  ke meja, stew memang panas sampai tertumpah-tumpah!

yg nampak ada telur tu vegetable bibimbap kalo nak tambah daging atau ayam pun boleh je. yang merah tu sundubu jjigae ataupun spicy soft tofu stew served with rice. sedap bangat! memang lembut. yang kat tengah-tengah tu nakji bokkeum ataupun goreng sotong pedas. my mother lidah belacan yang first time cuba korean food pun kate sedap. sotong die gemuk gemuk! hahaha

ok yang ni haemul jeongol seafood casserole ataupun seafood steamboat. pilih small je takut xlarat nak makan.hahaha


ini side dish. boleh re-fill. yg merah tu kimchi, yg ungu tu jeruk epal, yg kuningtu telur and seaweed, yg hijau brocoli with sos, yg warna cream tu fruit salad, dan akhir sekali bilis and kacang goreng.sume sedap!

overview semua makanan untuk 3 orang makan.memang dari pagi tak makan ni,hehehe

 sebenarnya, banyak lagi yang aku nak cuba tetapi memandangkan tanki perut tak cukup besar, udah-udah la tu order makanan kan?! okey, kalo uols nak cuba makanan lain pun boleh. sempat gak la snap gambar menu yang lain. 






macam biasa aktiviti mengambil gambar

excited gile!hahah

with our sponsor :) when i look back this picture, we did not look like mother and daughter, but more to friend and sisters right? hahaaa...

ni nampak macam adik la konon

ming-ming and I
lets come and do judgment by your own taste!

finished! nothing left~



In overall, memandangkan ini adalah kali pertama aku menjejakan kaki ke restoran korea, sedap jugak la. boleh terima la lidah yang selalu makan belacan nak makan kimchi. kalau tak, tak adalah licin mangkuk-mangkuk kat atas tu kan. dah lama aku cari restoran yang menyediakan makanan korea, kadang-kadang isu halal menjadi faktor utamakan?pemilik kedai ni pun melayu, tukang masak pun melayu, dan ada tulisan halal....jadi apalagi, jom pegi GANGNAM STATION, Laman Sari, Sek 13 Shah Alam, berdekatan dengan ibu pejabat HPA ataupun kawasan berdekatan denagn stadium Shah Alam. uols boleh judge sendiri samada sedap atau tidak. lain orang lain citarasa.


ok da habis..BYE! annyeong!