Saturday 12 March 2011

ragam naik basikal pergi sekolah

masa dahulu adalah masa silam, setiap orang pasti melaluinya. nak cerita ni kisah dolu-dolu aku time kat sekolah. dulu aku pergi sekolah kebangsaan naik basikal, ada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu ayah ada janji ngan yang ayah nak hantar aku pergi sekolah, tak kesah la naik moto ke naik kerata ke.. yang penting aku tak nak naik basikal. sebab apa aku benci naik basikal, sebab aku bila sampai sekolah nanti mesti berpeluh. yela jauh kot pastu naik bukit lagi..lagi sadis kat kelas kipas tak sejuk pun *sigh*...tak selesa lah senang kate.
SKBK...sekolah ku syurgaku =)


oleh kerana aku ingat janji ayah nak hantar gi sekolah, aku pun bangun tidur lambat dengan secara sengaja. time tu hari isnin....ada perhimpunan. ayah dah pelik dah sebab aku bangun lambat. tang tang tang dah siap, tanya lah ayah bila nak hantar ni, dah lambat ni kalu tak nanti kena denda. dengan pantas ayah cakap," eh naik basikallah...mana ada ayah janji. dah cepat naik basikal annti lambat" omg!!!! yekew???ayah tipu ayah tipu tipu tipu..ketika tu aku darjah 5. dengan mulut muncung dan marah aku kayuh basikal macam pelesit, bapak laju weh...moto pun kalah sebab tak puas hati.

kayuh punya kayuh punya kayuh, sampailah simpang nak melintas. pada waktu tu memang aku da niat, kalau nak jadi, jadilah...... (teruk betul aku ni.fikiran langsung tak matang!) aku pun melintas jalan raya tanpa menoleh ke belakang akibatnya aku dilanggar moto. aku terjatuh dan terhentak secara kuat..oooooooooo...AKU TAK NANGIS! jalan raya jadi sesak dan semua berkerumun ke arahku. aku bangun dengan segera tanpa menghiraukan orang lain dan terus mengambil basikalku lalu berdedar. (tak cakap terima kasih pun kat orang yang tolong naikkan basikal aku sebab mood aku tengah merajuk ngn ayah). basikal tu bakul die kemek dan roda die bengkok namun aku masih meneruskan perjalan ke sekolah.

ketika perhimpunan, cikgu ada membuat pengumuman yang mana cikgu nak tahu sangat sape yang terlibat dalam kemalangan kecil pagi tadi. cikgu cakap kalau nak melintas jalan raya kena berhati-hati. in general, seems they want to put the blame on me! oh no! yeah i know im wrong but at that time im only 11 years old. you know what, of course la aku tak mengaku aku yang excident TAPIIIII aku tak tahan menahan sebak lalu menangis gak kat tempat perhimpunan. tak sesiapaun realise aku yang excident and rahsia itu masih terbuku hingga ke hari ini. sebenarnya kakak aku nampak aku excident sebab die pergi sekolah dengan aku. die pun buat tak tahu je,,bagus la...kalau tak aku popular kot kat sekolah! hahahahhaaa

rahsia tetap rahsia, ayah tak tahu sehinggalah petang itu. kakak dah bersiap nak ke sekolah agama pada sesi petang, tapi aku masih tak mandi dan bersiap. ayah pun tanya kenapa tak siap-siap nanti lambat. aku cakap kat ayah yang tulang belakang aku sakit. ayah tak dapat terima alasan tu sebab tak tahu punca die ape. ayah mesti ingat aku nak ponteng sekolah lantas aku berterus terang dengan mengatakan aku terlibat dalam satu kemalangan masa nak pergi ke sekolah pagi tadi. ayah sempat marah aku sebab tak berhati-hati. tapi sebernanya aku nak tarik perhatian tapi tersalah langkah alih-alih kena marah. nangis gak la aku petang TAPI aku dapat ponteng jugak la..... hehhheee......

tahun demi tahun berlalu, aku tak pernah pun cek tulang aku masa aku terhentak. sakit die berlarutan tapi aku tak pernah bagitau sesiapa. aku tak boleh bonggok dengan terlalu lame kalau tak nanti sakit. ketika aku berumur 22 tahun, aku berinisiatif sendiri untuk ke pusat kesihatan. manala tau kot-kot ada problem takut jugak la kan... aku jumpa Dr., tapi doktor cakap mustahil kemalangan 10 tahun lalu kesannya berlarutan sampai sekarang. Dr. cakap mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesan sakit tulang tu. lalu ingin menutup malu aku pun mintak ubat macam mane nak hilangkan jerawat..hehhee... malu la plak kan bila fikir-fikir balik kan...walau apa pun yang berlaku, kenangan disekolah adalah memori paling BEST!
ubat kecantikan muka..hahhhaa

No comments: