Monday 28 March 2011

integomb!


sekolahku syurgaku

setelah sekian lama tidak menapak ke sini, akhirnya singgah jua. Tahniah ku ucapkan kepada calon SPM 2010 yang telah menempa kejayaan. Tahniah kepada sekolah berasrama integrasi gombak (INTEGOMB) yang berjaya berada di tangga kedua bagi ranking SBP.
  1. SM SAINS TUANKU MUNAWIR (0.8931)
  2. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.1425)
  3. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (1.1450)
  4. SM SAINS ALAM SHAH (1.2403)
  5. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.2837)
  6. SBP INTEGRASI RAWANG (1.3408)
  7. SM SAINS KUALA TERENGGANU (1.3638)
  8. SM SAINS SERI PUTERI (1.4223)
  9. SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (1.4415)
  10. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.5026)
  11. SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.5322)
  12. SM SAINS MUAR (1.5361)
  13. SBP INTEGRASI JEMPOL (1.5429)
  14. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.5612)
  15. SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.6081)
  16. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR – MCKK (1.6257)
  17. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.6884)
  18. SM SAINS HULU SELANGOR (1.6907)
  19. SBP INTEGRASI TEMERLOH (1.7073)
  20. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.7079)
  21. SM SAINS JOHOR (1.7483)
  22. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.7595)
  23. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.7656)
  24. SM SAINS SELANGOR (1.8433)
  25. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.8439)
  26. SEKOLAH SERI PUTERI (1.8475)
  27. SM SAINS KUCHING (1.8585)
  28. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.8662)
  29. SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.8702)
  30. SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.881)
  31. SBP INTEGRASI SELANDAR (1.9021)
  32. SBP INTEGRASI GOPENG (1.9412)
  33. SM SAINS KOTA TINGGI (1.9496)
  34. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.9625)
  35. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (2.0082)
  36. SM SULTAN ABDUL HALIM (2.0381)
  37. SBP INTEGRASI BATU RAKIT (2.0484)
  38. SM SAINS DUNGUN (2.1042)
  39. SM SAINS BAGAN DATOH (2.1256)
  40. SBP INTEGRASI KUANTAN (2.1612)
  41. SM SAINS SABAH (2.1704)
  42. SM SAINS KEPALA BATAS (2.1892)
  43. SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (2.2107)
  44. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (2.213)
  45. SM SAINS TUANKU JA`AFAR (2.231)
  46. SM SAINS TELUK INTAN (2.249)
  47. SM SAINS SULTAN MAHMUD (2.2513)
  48. SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (2.254)
  49. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (2.291)
  50. SM SAINS POKOK SENA (2.3001)
  51. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (2.3114)
  52. SM SAINS LABUAN (2.3266)
  53. SM SAINS MIRI (2.3266)
  54. SM SAINS MACHANG (2.3315)
  55. SM SAINS KUBANG PASU (2.4137)
  56. SM SAINS LAHAD DATU (2.4497)
  57. SM SAINS PASIR PUTEH (2.4997)
  58. SM SAINS REMBAU (~)
  59. SM SAINS TAPAH (~)
more info sini. tahniah pada cikgu-cikgu yang sangat bertungkus-lumus untuk mendidik anak bangsa. saya amat bangga menjadi sebahagian daripada keluarga integomb. teruskan usaha ini INTEGOMB!


fesi kem ibadah 2005

kumpulan hamba~


Friday 18 March 2011

gelora jiwa dan Tsunami

letupan di Jepun kesan daripada gempa bumi dan Tsunami
berita gemba bumi di Jepun amat menggemparkan seluruh dunia apabila Tsunami 8.9 magnitud menghempas pesisiran pantai timut laut Jepun dan antara yang terburuk dalam 140 tahun. sehari selepas kejadian tersebut, dimaklumkan bahawa terdapat letupan dan kepulan asap kelihatan daripada loji tenaga nuklear Fukushima Daini.

kerajaan Jepun memberi amaran wujudnya cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami  tetapi berkata, risikonya kecil.Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kabinet Jeoun Yukio Edano kemudian mengesahkan satu letupan dan kebocoran radiasi di loji tersebut. pengosongan jarak 10 km daripada tempat kejadian telah diambil sebagai langkah berjaga-jaga, namun setelah beberapa langkah keselamatan telah dipertingkatkan agar pengosongan di tambah ke 20 km. selain daripada itu, berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta tidak keluar rumah, tidak minum air paip dan perlu menutup muka mereka dengan topeng pernafasan ataupun tuala basah sebagai langkah berjaga-jaga. tambahan lagi,kira-kira 140,000 penduduk telah dipindahkan dari sekitar Fukushima.

rentetan daripada tragedi Tsunami itu,dua reaktor telah hilang keupayaan mengawal tahap kedinginan dan cairan kemungkinan berlaku di salah satu reaktor disebabkan suhu terlalu tinggi, kata Ryohei Shiomi, seorang pegawai di suruhanjaya keselamatan nuklear Jepun. sehubungan dengan itu, Tokyo berusaha mencegah sebarang peleburan di tiga buah reaktor loji nuklear di Fukushima dalam satu insiden nuklear terburuk sejak bencana Chernobyl di Ukraine pada 1986.Crick berkata, peleburan sebahagian bahan radioaktif di loji Pulau Three Mile di Amerika Syarikat (AS) pada 1979 diklasifikasikan lebih serius berbanding insiden di Jepun berdasarkan skala antarabangsa walaupun ia hanya membebaskan jumlah radiasi yang kecil.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, risiko ke atas kesihatan dari loji-loji atom Jepun terbabit masih rendah. more info sini dan sini

walaupun begitu, masih lagi terdapat risiko walaupun ianya rendah. bak kata pepatah " lebih baik mencegah daripada mengubati". ada khabar angin bahawa, pencemaran radiasi akan menyebabkan kejadian hujan asid. Di, Malaysia, pakar bahagian kesihatan dan keselamatan radiologi telah memberi amaran kepada penduduk agar sentiasa berada di dalam rumah atau bangunan, kerana mendakwa bahawa kejadian letupan di Jepun boleh mengakibatkan hujan asid.namun, Prof Ahmad Termizi Ramli,  Universiti Teknologi Malaysia daripada fakulti fizik, mengatakan bahawa letupan di Jepun tidak mengakibatkan perlepasan bahan radioaktif ke udara. more infro sini. dimaklumkan di TV3 sebentar tadi, kadar radiasi di Malaysia masih lagi di tahap minimum dan selamat.

hujan ketika pulang seperti hujan di dalam hati
hari ini hujan, mengingatkan aku kesan letupan di Jepun yang mana risiko radiasi mungkin akan terjadi. namun, setelah di beritahu oleh pihak-pihak bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan yang selamat, aku boleh manarik nafas lega yang mana membolehkan aku untuk pulang ke kampung. rupa-rupanya cuaca hari ini bagaikan sudah dapat membaca fikiranku yang sedang bermuram durja. seolah-olah tidak bertenaga walaupun tengahari aku dah membaham lauk ikan dan daging( terlebih dari cukup tu khasiat die). tidak seperti selalu yang mana aku amat suka memandu ala-ala "drifter". potong sane-potong sini, brek sane-brek sini, pecut sane-pecut sini, cukup mencabar. namun pada waktu petang dengan hujan yang lebat, meruntuhkan jiwaku untuk memamdu seperti biasa  kerana kalah dek kerana perasaan hati.

McD hanya dipinggiran
Mcd!!! makanan kegemaranku..... setiap kali balik, biasanya aku akan singgah, at least beli sundae choc + fries!! sedap~~~ korang patut cuba kombinasi ni. tetapi xad mood nak beli harini, sedondon la sangat dengan jiwa yang tak tenteram ni.
kesian dengan insan yang kebasahan dalam hujan
dah kate peminat extreme McD...sticker pelekat VIP mesti kena ad tau! any purchase rm 20 and above ad dapat makanan free contoh macam apple pie atau fries.. YIHAA! cuba tengok betul-betul kat gambar atas tu. dah la hujan lebat masa balik, ada pulak lori rosak kat tengah-tengah jalan, kat tonggek bukit plak tu..nak ikutkan hati aku marah sangat dengan lori sebab menyebabkan cermin depan kereta aku tu retak. tapi..bila aku tengok driver tu..raa sedih pulak..Kesian die.....
rumahku syurgaku

setelah 1 jam perjalanan, tepat pada pukul 6.53 petang aku pun sampai rumah. tutup je enjin kereta aku rasa LAPAR gile.. rasanya rugi tak singgah pergi DRIVE THRU..... alahai kurus ke aku walaupun tak makan? apakah yang telah berlaku kepadaku hari ini. mengapakah aku tak seceria seperti yang selalu....

Sunday 13 March 2011

misteri gambar hantu.......

light-photography by dedey. very amateur one! 

rasa teruja nak memiliki DSLR timbul sejak tengok cerita remaja kat tv3. ketika tu remaja memaparkan episod videografik. kalau nak tau, CST production adalah satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa anak muda yang mempunyai pengalaman yang luas daripada segi editing dan videografik. hasil kerja tangan mereka memang sangat teliti dan amat puas hati. bila korang tgok video yang diorang upload kat sini, lagi-lagi perkahwinan..memang sangat teruja! good job CST!. owh aku punya dslr tak mampu lagi nak sampai ke tahap ni. memori tak upgrade lagi. tak pe setakat ni aku cuba upgrade skill dengan ambil gambar dulu.

tidak cukup setakat tu saja, TV3 dalam rancangan majalah 3 turut memaparkan bagaimanakah seni cahaya fotografi atau "light photography" dihasilkan. cukup indah melihat hasil yang ditampilkan. aku berfikir sekejap, eh macam senang je wat bende ni. then, malam tu aku try la buat kat luar rumah. hahhaaa.. buat tabiat ke ape aku ni, time tu pukul satu pagi.. tak rasa takut pun kalau ada ""ttttuuTTTT"" sebab rasa teruja nak cuba sesuatu yang baru. lepas satu ketika, hurmm..buruk gila hasilnya tak jadi pun sebab tak cukup gelap pun.

then, masuk rumah..kecewa gila sebab tak jadi. tapi tetap tak berputus asa..kali ini aku cuba kat dalam bilik.haaaaaaa..bilik aku ni CUKUP GELAP. oleh sebab aku buat sorang-sorang, aku lah pengarah, akulah tukang cahaya, dan akulah photographer die. kelam kabut jadinya. ok! macam ni caranya macam mane nak setting kamera tu. kita kena setting ISO( image sensor's sensitivity to light) speed. kalau canon user, korang boleyh tekan button iso atau tekan button "quick control button". pastu boleh pilih ISO yang sesuai.

panduan memilih "ISO SPEED" macam ni:

1) 100-400 iso speed sesuai untuk "sunny outdoor" ataupun time tu cahaya matahari cukup terang la..
2)400-1600 iso speed sesuai untuk waktu petang-petang yang ala-ala redup...
3)1600-6400, H iso speed sesuai untuk "dark indoors" atau waktu malam yang gelap...
my asset! love you more! muakh

semain tinggi ISO korang, semakin tinggi "flash range" die.lagi satu, bila korang shoot kat ISO yang tinggi, noise macam banding,dots of light akan muncul la. kekadang kat shooting mode, iso dah ditetapkan contohnye:

1) mode: full auto tech.,disabling flash,shooting potraits,landscape,close-up,moving subjectpotraits at night, and creative auto shooting >>>>> ISO speed automatically setting antara 100-3200
2)mode :P,Tv,M,A-DEP>>>>> ISO speed automatically setting antara 100-6400

untuk activity aku malam tu, aku guna mode M, ISO 100. dan lagi satu yang paling penting setting die punya shutter speed. untuk shoot yang ni , mesti guna long shutter, lame die depends kat berapa lame kita nak amek gambar tu.. untuk tulisan "dedey" aku guna, 4" with aperture F9.0. malam tu aku shoot banyak kali gak. walaupun tak sehebat mane, menjadi gak la....thank to TV3, berjaya jugak aku memanipulasikan ilmu kat tv yang sekejap tu. aku berjaya akhirnya dapatkan shoot tulisan "dedey" tu....

ini gambar yang tak jadi....
selain daripada tulisan cahaya, korang boleh hasilkan image hantu gak. idea dia same je dengan yang aku wat kat atas ni.still kena guna light, takde light gambar tak boleh amek pon. light source lampu one on spot. sebab long shutter, dlm duration tu tukar tempat. antara hasil gambar hantu dari kenalan yang dah buat boleh tengok kat sini.

kalau ada cikgu-cikgu kat luar sana yang sudi ambil aku jadi anak murid, aku nak je..hehhee

anyway....SELAMAT MENCUBA ye....!!


jom ke dapur!!!

first time cuba, inilah hasilnya..hehhehee


HOME MADE FRUIT TART

kalau singgah shah alam, perkara pertama yang aku mesti buat adalah singgah kat bakeri ground floor,  tak sure name die ape, tapi kedai tu jual tart yang sangat sedap! muffin choc die pun sedap. harga die lebih kurang RM 2.90.. ikut la jenis dan saiz. kalau asyik beli je hari-hari pokai jugak seems income pun tak ada. oleh itu, mulalah tergerak hati nak cuba buat satu. mula-mula mesti la pergi shopping barang. tak ada spesifik tempat nak shop barang-barang bakeri pun, pergi tesco pun da cukup. as a first timer, belajar dari interenet, dari kawan-kawan jugak.....

jadi inilah barang yang perlu anda beli:

sebelum tu, kita kena bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk buat pastri dan filing(toping):

~~~PASTRI~~~

1)500G TEPUNG GANDUM
2)1 BIJI TELUR AYAM
3) 2 SUDU BESAR GULA HALUS
4) 2 SUDU BESAR MAJERIN

~~~FILLING~~~

1) 4 SUDU BESAR TEPUNG CASTARD
2)500 ML SUSU
3) ANEKA BUAH-BUAHAN

cara-cara membuatnya:

1.   Cara membuat pastri. mula-mula, ayakkan tepung.

2.   masukkan majerin dalam mangkuk dan kacau sampai lembut, kemudian tambahkan gula dan pukul sehingga putih.

3.   masukkan telur kuning. kacau dan adunkan sehingga sebati. tambahkan sedikit esen vanilla

4.   kemudian masukan bahan-bahan yang telah diadun sebati kedalam tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau. tambah garam sdikit ikut cita rasa.

5.   masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehinnga jadi doh. uli sehingga jadi bentul bulat dan simpan dalam peti ais lebih kurang 2 jam sebelum digunakan.

6.   canaikan doh ke dalam cutter.bakar selama 10-15 minit dengan suhu 180 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

7.  cara buat filling. masukkan susu segar dan tepung castard ke dalam periuk dan panaskan atas api yang kecil untuk lebih kurang 15 minit. atau pun sehingga cecair menjadi likat. tambahkan sedikit gula dan garam sebagai perasa.

8.   buah-buah terpulang ikut citarasa masing-masing. kombinasi warna oren, hijau dan merah menjadi pilihan warnaku. aku pilih buah oren, kiwi dan strawberi. boleh potong buah tu kecik-kecik dan comel-comel.

9.  letakkan filing dalam satu sudu besar ke dalam pastri tadi dan hiaskan mengikut cara anda sendiri.

10.  masukkan dlam peti ais biarkan ia sejuk dan sedia di makan atau dijadikan buah tangan ;)



wahhh!!! walaupun first time buat bejaya la jugak sebab dengan adanya sepupu yang hebat memasak, safika nama die.! a big thank to you girl! lepas siap wat tart ni, aku bawak pergi fakulti suruh kawan-kawan rasa. dan responnye amat positif! ok lainkali aku nak cuba wat lagi~~~~~lets try!aku ada cuba wat cheese tart..boleyh tgok kat sini. ada resipi jugak kat komen-komen tu..hehhee... PEACE and KEEP SMILING!

Saturday 12 March 2011

aku salah? kau pun sama...

i love speed!
sepatutnya aku balik rumah pada malam tu, tapi badan ni rase lemah dan tak larat nak balik. balik je dari seminar, terus terlelap sampai pukul 9.30malam. terjaga tidur, biasala perut pun lapar. dalam mimpi tu, sempat terbayang pergi drive thru McD..hmmmmmmmmmm.. tapi malas nak drive sebab nanti parking orang lain ambik. dahla cermin kereta dah retak. aku tak nak tambah risiko yang mana nanti retak makin panjang. jadi pada malam tu, aku makan makanan yang ada. time tu ada maggi dan cucur. baham la sampai kenyang pastu online sekejap dan tidur. kena bangun awal sebab esok nak balik awal..yiha yiha yiha balik rumah.

pagi tu aku terjaga dari tidur yang lena, semangat nak balik sebenarnya. pagi-pagi drive memangla tak ada mood rasenye. jadi, aku pun bawak kereta dengan sangat perlahan dan berhemah. oleh kerana nak jimat minyak yang tinggal nyawa-nyawa ikan, tutup la aircond bukak tingkap je. rupa-rupanya udara pagi sabtu sangat nyaman sejuk je rasa.

tiba-tiba, ada la satu kereta biru ni dah la bawak sangat lambat, tapi kat lane laju. sape yang tak sakit hati, nak nak pulak tu belakang aku ada lagi kereta merah nak potong jugak,siap hon-hon aku plak! (geram btol). time tu, aku dah ada rasa pantang dicabar ni. die nak potong aku? hello! no dude! jalan kampung bawak 60 kmj je..hahhhahhaaaa... oleh kerana kereta biru ni sangat lambat dan aku tak tahan dengan desakan kereta merah belakang aku, aku pun potong kiri. puas hati aku...lepas je aku potong kiri..still kena hon! what the hell dude! kereta merah ni memang tak puas hati dengan aku. kereta merah tu potong gak kereta biru yang lambat tu, tapi potong sebelah kanan. so kereta aku dengan kereta die bertembung la sebab nak masuk satu lane... tapi still under controll tak accident pon. memang la aku salah sebab potong kiri, ketea merah tu lagi salah sebab potong kat double line, dah la double line kat selekoh plak tu..sangat bahaya.! dan sememangnya ko pun salah MERAH!

hey MERAH! tak macho pun la.. i know im a girl but dont i care. tak payah la nak hon-hon kalau nak laju. (GERAM GERAM). sepanjang-panjang perjalanan tu memangg aku himpit kereta merah tu! tak la laju sangat sebab aku masih dapat kejar kau, MERAH! nasib baiklah amarah ini berakhir dengan penghujung simpang yang berlainan. SELAMAT TINGGAL merah! pandulah kereta baik-baik, ingatlah orang yang tersayang. PEACE!!

i do love, but dont know how to confess

sungguh bahagia apabila senyuman terlukis
I really love, do love but i dont know how to confess. although im not good confessing verbally, but im trying to show it by making suprise.

pada suatu masa dahulu...begini ceritanya..

hari ibu tahun 2009.
"i was alone at home...sumelah g seri iskandar amek kakak tersayang.
memang aku buat-buat malas tak nak ikut sebab i've my own plan.hahhhHAHHHAAAhahhaaa.. agak tergelak besar apabila mama dan ayah vrrrooooommmmmmmmm gi perak. mase g perak aku hitung-hitung ada la 5 jam pegi dan balik. so, in my head! wow! much and enough time to prepare sumthing. dont rush dedey. kite berlenang2 saja. sehari sebelom mama dan ayah pergi ke perak,aku dengan jayanya drive kereta dengan my bestfriend go for shopping. asek beli kek je tiap2 tahun. kali ni bertekad nak wat kek sendiri. orang cakap hasil tangan sendiri lagi memberi kesan yang mendalam.wawaaaawaaaaa...(mama pun tak pandai wat kek! aku nak wat??? jadi ke?? dlam hati waa......mungkin kek aku runtuh kowt. then strategy needed!! aku pegi la tanyer semua orang, msg semua orang , bukak megazine. cri resepi. then ad la idea ckit.

hepi besdey mama!

1kg indulgance for me! mama&ayah surrender nk makn....

setibanya di pusat membeli belah, misi mencari bahan kek! arghhhhh!!!!! serius aku tak tau pebende icing la, esen, la..nasib baik kawan baik ad...die yg amek barang aku tukang bayar je. bli strawberi banyak gile!!!!! hahhhaa.. da beli2 barang. cri bunga plak... menyesal yang teramat teramat tak g shah alm!!! hurmm cari bunga ros hidup tak jumpe.... benci2!!! last2 aku bli bunga india kowt.bunga wat kalung tu...HURRRMMMMM...apa yang aku fikir, janji aku nak bunga!! murah je..segedabak baru rm5..compare ros sejambak da rm50..penjimatan kos berlaku..yes!!!

sampai je kat umah~~~~~ aku sorok barang2 wat kek dalam bilik. dalam almari tu...aku takowt mama perasan!!! KANTOI la plak nanti.... strawberi pun aku bungkus wat2 macm belacan..hahhhahaaa... then, tak sape tahu!!!! plan berjaya...

Babai!!!!!!!!!!!!!!!"hati-hati kat umah. jangan tidur je!! jage rumah!!!'"pesan mama kepadaku. aku angguk2 kesedihan~~ konon kene tinggal!!!!! tapi kat hati ni..wahh~~~~~~~~~ operasi bermula...

1 jam pertama>>>>> rilex r...mama + ayah baru sampai mane..another 4 hours....selamat2

pastu tak keruan..... seriously..vvvvvvvvvvvvrrrrrrommm g kedai cri ikan kembung..nak wat laksa. MMMAAAAKKKKKKKKKKKKK..mampuih eden!!! ikan kembung tak ada!!!!! sume kedai plak tu!! cane nak wat laksa!!!! panic2!!!! aku g kedai paling jauh~ fuhhhh..ad beb!!! selamat! sebelom g kedai cri ikan..aku da siapkan kek..harap menjadi. GILER KENTANG!

proses wat laksa leceh..aku da la sowang2... tapi its ok!!! then misi wat nasi lemak..cukup ke mase??? lagi 2jam....alaaaaaa..cukup...rilex dey, rilex~~~~ kesian mama+ayah+kakak.. da penat2 takkan nak makan laksa je...mama +kakak kaki laksa...ayah???? kesian ayah...aku kene wat nasi lemak.....then...kelam kabut...another 1 hour!!!!!!!!!!!

1 hour left>>>>>>>> hello...ayah kat mane???
ayah>>>> da nak sampai da....lagi 1/2 jam sampai
adik>>>>> APEEEE?????????? tepakse confess..ayah bawak kete pelan2 ckit...adik ad wat sesuatu tok mama.... (ayah adalah raja pecut!!!! dan aku lah pewaris terunggul..pecut beb! i loike speed!)
ayah>>>> OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOo???? okeng tade hal...
adik>>>>> okei..nanti bile ayah da nak sampai 5 minit lagi, ayah gtau...


ALAMAKKKKKKKKKKKKK!!!!!
oh tidak!!! aku tak keruan seriously!!!! dapur macm tongkang pecah!!!!!!
macam mane ni????? adakah nasi lemak tanpa ikan bilis + kacang??? itu tak lengkap!!!! no!!!
aku goreng gak tapi tak hangus........ seb bek!!!!

kemudian setelah sume setel...makanan da terhidang + candle light dinner + romantik bunga india
berfikir sejenak???? cane nak wat lagi havoc???

then I got An IDEA!!!!!

aku g blackout kan seluruh rumah..

5 minute>>>


10 minute>>>>>


25 minute>>>>

mane ayah ni??? aku da takowt da~~~ mane ayah ni? kate da nak sampai????

aku da sedih dok dlam gelap2.... tak mandi.... takowt diowang balik~~~~
huhuuuu (T____T)

tiba2!!!!!!!!!!!! eh ada lampu kereta!!!! eh DA BALIK!!!!!!!!!!!

TIBA-TIBA...
mereka katakutan.....adik kenape? kenape rumah gelap??? selamat tak budak ni??? tdo satu hari ke bdak ni.??? dengan tak bukak lampu rumah.....aku kat dalam rumak terkekek2..hahhhhaaaaa


JENG JENG JENG!

PABILA MAMA BUKAK PINTU....( ayah pun pelakon terhebat sebab suh mama buka pintu)

HEPI MOTHERS' DAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


she was speechless!!! aku boleh nampak mata yang berkaca2!!! MENJADI!!!!
sume terkejut

macam budak ni?????:

1) wat kek [mama tak pena ajar]
2)wat laksa [bile mase budak ni beli barang?]
3) mak aii... siap ad nasi lemak..
4) ad bunga??? [mane ko petik ni???]
5)ad fererorosheeeeee... [mama tingin]

then...the end of story....."



dan pada hari jadi mama yang ke 47, aku masih buat suprise yang sama tapi kali ni hanya kami bertiga je..kakak tak ad..tapi 'suprise' itu masih lagi menjadi....
okeilah

kehadapan wahai ibu bapaku yang ku sayang:
Seketika aku terkenang firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya hingga berpisah selama 30 bulan sehingga apabila dia dewasa dan umurnya menjangkaui 40 tahun, dia berdoa:

Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku beramal soleh yang Kau redai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang berserah diri."Firman-Nya lagi: "Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amalan kebaikan yang mereka kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (Surah al-Ahqaf, ayat 15 hingga 16)Aku terharu.

anakanda memohon keampunan atas segala kesalahan dan keterlanjuran yang dilakukan selama ini dalam sedar atau tidak. Ketahuilah, sesungguhnya anakmu ini tidak ingin melukai hati sucimu. Anakanda tidak ingin menjadi seorang anak derhaka. anakanda akan berusaha menjadi seorang anak terbaik buat mama dan ayah, contoh cemerlang buat keluarga. Doakan anakmu ini berjaya mencapai cita-cita, dan menjadi penyejuk hati kedua-dua mama dan ayah.

SAYA SAYANG MAMA DAN AYAH JUGA......

ragam naik basikal pergi sekolah

masa dahulu adalah masa silam, setiap orang pasti melaluinya. nak cerita ni kisah dolu-dolu aku time kat sekolah. dulu aku pergi sekolah kebangsaan naik basikal, ada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. nak dijadikan cerita, adalah satu hari tu ayah ada janji ngan yang ayah nak hantar aku pergi sekolah, tak kesah la naik moto ke naik kerata ke.. yang penting aku tak nak naik basikal. sebab apa aku benci naik basikal, sebab aku bila sampai sekolah nanti mesti berpeluh. yela jauh kot pastu naik bukit lagi..lagi sadis kat kelas kipas tak sejuk pun *sigh*...tak selesa lah senang kate.
SKBK...sekolah ku syurgaku =)


oleh kerana aku ingat janji ayah nak hantar gi sekolah, aku pun bangun tidur lambat dengan secara sengaja. time tu hari isnin....ada perhimpunan. ayah dah pelik dah sebab aku bangun lambat. tang tang tang dah siap, tanya lah ayah bila nak hantar ni, dah lambat ni kalu tak nanti kena denda. dengan pantas ayah cakap," eh naik basikallah...mana ada ayah janji. dah cepat naik basikal annti lambat" omg!!!! yekew???ayah tipu ayah tipu tipu tipu..ketika tu aku darjah 5. dengan mulut muncung dan marah aku kayuh basikal macam pelesit, bapak laju weh...moto pun kalah sebab tak puas hati.

kayuh punya kayuh punya kayuh, sampailah simpang nak melintas. pada waktu tu memang aku da niat, kalau nak jadi, jadilah...... (teruk betul aku ni.fikiran langsung tak matang!) aku pun melintas jalan raya tanpa menoleh ke belakang akibatnya aku dilanggar moto. aku terjatuh dan terhentak secara kuat..oooooooooo...AKU TAK NANGIS! jalan raya jadi sesak dan semua berkerumun ke arahku. aku bangun dengan segera tanpa menghiraukan orang lain dan terus mengambil basikalku lalu berdedar. (tak cakap terima kasih pun kat orang yang tolong naikkan basikal aku sebab mood aku tengah merajuk ngn ayah). basikal tu bakul die kemek dan roda die bengkok namun aku masih meneruskan perjalan ke sekolah.

ketika perhimpunan, cikgu ada membuat pengumuman yang mana cikgu nak tahu sangat sape yang terlibat dalam kemalangan kecil pagi tadi. cikgu cakap kalau nak melintas jalan raya kena berhati-hati. in general, seems they want to put the blame on me! oh no! yeah i know im wrong but at that time im only 11 years old. you know what, of course la aku tak mengaku aku yang excident TAPIIIII aku tak tahan menahan sebak lalu menangis gak kat tempat perhimpunan. tak sesiapaun realise aku yang excident and rahsia itu masih terbuku hingga ke hari ini. sebenarnya kakak aku nampak aku excident sebab die pergi sekolah dengan aku. die pun buat tak tahu je,,bagus la...kalau tak aku popular kot kat sekolah! hahahahhaaa

rahsia tetap rahsia, ayah tak tahu sehinggalah petang itu. kakak dah bersiap nak ke sekolah agama pada sesi petang, tapi aku masih tak mandi dan bersiap. ayah pun tanya kenapa tak siap-siap nanti lambat. aku cakap kat ayah yang tulang belakang aku sakit. ayah tak dapat terima alasan tu sebab tak tahu punca die ape. ayah mesti ingat aku nak ponteng sekolah lantas aku berterus terang dengan mengatakan aku terlibat dalam satu kemalangan masa nak pergi ke sekolah pagi tadi. ayah sempat marah aku sebab tak berhati-hati. tapi sebernanya aku nak tarik perhatian tapi tersalah langkah alih-alih kena marah. nangis gak la aku petang TAPI aku dapat ponteng jugak la..... hehhheee......

tahun demi tahun berlalu, aku tak pernah pun cek tulang aku masa aku terhentak. sakit die berlarutan tapi aku tak pernah bagitau sesiapa. aku tak boleh bonggok dengan terlalu lame kalau tak nanti sakit. ketika aku berumur 22 tahun, aku berinisiatif sendiri untuk ke pusat kesihatan. manala tau kot-kot ada problem takut jugak la kan... aku jumpa Dr., tapi doktor cakap mustahil kemalangan 10 tahun lalu kesannya berlarutan sampai sekarang. Dr. cakap mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesan sakit tulang tu. lalu ingin menutup malu aku pun mintak ubat macam mane nak hilangkan jerawat..hehhee... malu la plak kan bila fikir-fikir balik kan...walau apa pun yang berlaku, kenangan disekolah adalah memori paling BEST!
ubat kecantikan muka..hahhhaa

Wednesday 9 March 2011

dunia ini indah..

lokasi: taman rekreasi, kolej bersekutu sungai buloh
model: nurul atiqah, nurul iwani, remee
tukang ambil gambar: dedey




senang-senang komen la ye gambar ni. saya tak pandai.. =)

Tuesday 8 March 2011

TERIMA KASIH yang tidak kesampaian...

sambungan entry alkisah hindustan si daun pisang......

ketika tersedar daripada tidur, aku merasakan badan ini terlampau lemah dan tidak bermaya untuk bangun apatah lagi untuk menggosok gigi dan mandi. hendak buka kelompak mata pun tak larat rasanya. aku hanya baring diatas katil di asrama kolej. "aku rasa aku kena pergi berurut la......," mana tak nya badanku amat-amat sakit terutamanya dibahagian leher. aku baru teringat yang mana nurul sangat pandai mengurut. lalu ku bertandang ke biliknya untuk melegakan sengal-sengal badan akibat kemalangan yang lalu.

mak aiiiii...kuat sungguh nurul mengurut. SANGAT SAKIT.SANGAT TIDAK TERTAHAN!... tuhan sajalah yang tahu, hampir menangis dibuatnya. setelah selesai berurut, aku pun pulang ke bilik semula, namun kesakitan itu tidak berkurang malah makin bertambah. pada waktu petang itu, nana, sahabat baikku ketika di matrik johor ingin singgah ke bilikku lantas ku menyuruhnya untuk mengurutku juga...nasibla korang sapa yang datang bilik, memnag aku suh korang urut aku...pada masa ni lah terbayang-bayang abang camry tu kan...segala kesakitan hilang untuk sementara waktu.

pada malam selepas kejadian, aku amat risau akan LC hinggakan aku mengabaikan kesihatan sendiri. yelah mana taknye LC bau kedai lagi da excident, ni semua gara-gara aku. selepas waktu isya', aku cuba betulkan alignment handle  secara manual dengan hentakkannya ke tembok, namun tidak berjaya dan membuktikan bahawa kerosakan alignment itu sangat serius. aku mencuba menghidupkan enjin moto dan cuba "round-round" kawasan sekeliling, namun aku merasakan LC tidak seperti dulu. macam da rasa "keras" sikit dan tak "smooth" seperti dahulunya.
BKS 255!
oleh kerana, aku telah menipu sunat dengan ayah yang mengatakan bahawa moto sangat sihat seperti dulu, aku terpaksa menanggung kos membaiki moto bersendirian. untuk pertama kalinya aku pergi ke bengkel moto, sangat kekok! "aku mesti bawak seseorang yang teror bahagian moto-moto ni agar aku tak kena tipu".bisik hatiku. mujur masih ada yang mahu membantuku, satu-satunya jejaka dalam kelas aku sudi memberikan "tangan"nya. nama die Farid....boy friend kepada ex-class rep kelas aku.hehhee.. da berpunya ok! hahha.... nasib baik ada dia, senang kerja aku. nampaknya LC terpaksa bermalam di bengkel untuk satu malam, ini membuatkan aku sangat SANGAT risau kerana LC adalah amanah ayah kepadu.

kos untuk membaik-pulih semula LC adalah lebih kurang RM150...mahal jugak la.. untuk alignment da RM100, pastu tukar cermin sisi yang pecah lagi. time ni aku nak ganti semua barang baru kepada yang original(YAMAHA) sebab aku tak mahu ayah perasan yang LC pernah mengalami kemalangan yang teruk. bahagian handle pun aku tukar besi die daripada warna hitam kepada warna emas. pastu body LC memang calar habis! aku mcam nak tukar body tue je..tapi bapak MAHAL dan takde stock, so aku redha je.. asalkan LC hensem seperti dahulu aku da cukup bahagia........
rajin-rajin jumpa doktor!
 selepas beberapa hari kemudian,aku gigihkan diriku ke PUSAT KESIHATAN kerana risau akan kesan yang berlaku ekoran  daripada kemalangan itu. hmmmmmmmmmmmmmm.. naik moto gak g PK habis tu nak sape sruh hantar? abang camry?... hmm mimpi di siang hari... ketika berjumpa dengan doktor:

doktor: "sakit kat bahagian mane?"
aku: "sakit kat bahagian bahu Dr. sebab haritu excident jatuh moto kat bukit sampai terguling-guling"
doktor: "kenapa lepas excident tak datang sini?"
aku:"time tu hujan Dr, lagipun badan tak sakit sangat sakit. luka-luka kecik dan ada lebam sikit"
doktor:" kita kat pusat kesihatan memnag selalu terima kes macam ni, bahaya kalau tak cek awal takut ada pendarahan"
aku:" yeke doktor?"

doktor telah memeriksa nadi, denyutan jantung dan tekanan darah, keputusan menunjukkan bahawa aku dalam keadaan yang normal NORMAL doktor mengatakan otot-otot dibahagian bahu telah koyak  akibat hentakan dalam kemalanagn yang lalu. doktor menyuruhkan untuk mengambil suntikan tahan sakit. aku pulang ke kolej dengan hati yang tenang kerana tiada masalah yang serius.


bercakap mengenai jejaka CAMRY, aku tidak pernah jumpa dan terserempak sehingga ke hari ini. pernah aku cuba untuk menjejakinya namun, amat sukar..... TERIMA KASIH ku ucapkan untuk segalanya....

jem ketika pulang ke rumah. nampak je camry terus snap pic..huhu

aku tidak bersalah!

bangun di pagi isnin amatlah liat. biasalah monday bluesssssss.... hari ini aku bangun awal pagi untuk ke kampus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. "malasnya nak drive pepagi buta ni, kan best kalau ada driver tak pun s**m* kan,hhhhhmmmmmmm." ku mengeluh sendirian. sedang asyik berbual bersama sahabat baikku ketika keretaku gagah menyusur ke Sungai Buloh,dengan TIBA-TIBA ada satu bunyi yang sangat memeranjatkan kami berdua hinggakan kami berpalingan sesama sendiri dan terpaku. "nurul, apa bunyi tu. jatuh kat mana?" tanyaku kepadanya. "hmmmmmmmmmmmmmmmmm..," nurul terdiam. "WOOOOOOOOOOOOOOOOoooooooooo!!!!!  retak la nurul! mesti batu jatuh terkena kat cermin depan," aku tergamam. apabila kuberfikir sejenak, rupa-rupanya ada lori batu dari arah berlawanan berselisih dengan keretaku...oh tidak! apalah nasibku. namun, masalah itu aku lupakan sejenak, kerana aku ada tanggungjawab yang lebih besar di fakulti.

nurul. sahabat baikku

jam menunjukkan pukul 5 petang, "wahhhh..da pukul 5 la..bersiap-siap mahu pulang". TIBA-TIBA, aku teringat akan kejadian malang pagi tadi yang mana cermin kerata telah retak oleh kerana batu yang terjatuh dari lori. pada ketika itu, aku mulalah berfikir KALAULAH aku bawah laju sikit, atau lambat sikit...batu itu mesti tak jatuh kat cermin kereta. aku banyak menyalahkan diri aku sendiri dan pada yang sama juga aku amat tidak dapat menerima hakikat yang kejadian itu terjadi keatas diriku. pada mulanya aku tidak mahu menelefon ayah, namun ku gagahkan jua.....

aku: "hello, ayah kat mana?"
ayah:" on the way balik rumah daripada office la ni"
aku: " ayah, pagi tadi ada lori batu dari arah yang berlainan, time tu adik bawak slow je 60 kmj and tup tup batu dari lori tu jatuh kena cermin depan"
ayah: "retak sikit ke retak banyak?"
aku: "retak sikit je"
ayah:" retak skit ke retak banyak ke, dua-dua sama je. tu la, ko tak cukup pengalaman tak cukup makan garam lagi, konon hebat sangat bawak kerata"
aku:"hhhmmmmmmmmmmm yela T___T (dengan nada sayu)"
ayah: "ape lagi gantilah sendiri, ganti kena ada 1.5k...pandai-pandailah ko"
aku:" btolkan sendiri? yela-yela........ (hampir menangis)

ayah dengan segera mematikan panggilan dan pada masa yang sama juga aku tergamam. pada waktu itu, aku teringat akan kisah lalu yang seumpamanya. begini ceritanya....

pada pagi hari yang sama iaitu hari isnin, aku longlai bangun daripada dibuai mimpi sambil ber'monday blues'. sebelum ayah pergi kerja (lebih kurang jam 7pagi) ayah sempat berpesan denganku, " nanti sebelum pergi sungai buloh, cek dulu bawah kereta ada kucing ke tidak."aku kedengaran suara ayah yang sayup-sayup namun aku sempat menjawab. "ye ye ye..tak lupa". setelah siap berkemas, aku menghidupkan enjin kereta. aku ingat akan pesan ayah agar memastikan kucing aku tiada dibawah kereta (tempat lepak kucing aku) agar apabila kereta bergerak nanti,semua kucingku selamat daripada tergilis. pada waktu yang sama, aku sempat menekan-nekan pedal minyak agar enjin berbunyi kuat "vvrrommmmm vrrroommmmm", dengan alasan untuk menakutkan kucingku lantas mereka bertempiaran lari dari bawah kereta dek ketakutan.
kakak kepada lily

pun kakak kepada lily gak

aku pun meneruskan perjalananku hingga sampai ke destinasi. sedang asyik mengadap komputer sambil membuat kerja, aku disergah dengan deringan telefon. kringgg kringggg kringggg, "eh ayah call, ada ape ni? pelik je waktu-waktu cam ni ayah tepon." dengan segera aku menjawab panggilan itu:


aku:"helloo ayah, ad pew?"
ayah:"pagi tadi sebelom pergi sungai buloh cek kereta dulu tak?"
aku" cek je... sampai vrrrommm vrroommmm lagi. pastu dok tonggek tengok bawah kereta tak ad kucing pun?'
ayah: "ko mesti tak cek betul-betul sebab Lili (kucing aku yang masih kecik tapi dah aktif bermain-comel giler) tak ada sekarang, sebenarnya dari masa ayah bagi makan tengahari die da tak ada. ingatkan Lily pergi jalan tapi sampai sekarang tak balik-balik. ayah rasa mesti Lily ikut pergi Sungai Buloh"
aku:"eh pagi tadi cek tak ad.sure tak ad yah..."
ayah: " ko bukak bonet tak? Lily suka duduk dalam-dalam kat bahagian enjin tu"
aku:terdiammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..
ayah:"tu la lain kali cek betul, tengok Lily kesayangan dah tak ad"


aku hanya mampu terdiam kerana pada firasatkuku, ini bukanlah salahku kerana aku dah pastikan dengan betul bahawa tiada seekor kucingpun berada di situ dan pada masa yang sama ayah seolah-olah marah kepadaku kerana padanya ini adalah kesalahku. aku hampir menangis dan pada malam itu, aku tidak memberitahu yang aku tidak pulang ke rumah (sebenarnya merajuk dan terasa ingin membawa diri).pada malam itu, berkali-kali mama menelefonku namun aku tidak menjawab panggilan itu. setelah banyak 'missed call', aku pun menjawab panggilan itu. ayah amat marah kerana ku tidak memberitahunya bahawa aku tidak pulang ke rumah (stay di kolej), aku tahu mereka risau namun perasaan merajukku amat membuak-buak hinggakan banyak panggilan yang terbiar. ayah berulang kali kali berkata ," adik ni belajar da tingggi tapi asam garam kehidupan masih tak cukup lagi. banyak lagi cabaran hidup yang masih belum adik tempuhi, jangan pandang remeh je." dengan segera ayah letak telefon. apalagi aku sedihla..... sebenarnya bukan niatku untuk menjadi degil seperti ini.....


pada keesokkan harinya, aku mempunyai urusan di shah alam. aku perlu bergerak awal dari SUNGAI BULOH ke SHAH ALAM melalui lebuh raya NKVE. dengan TIBA-TIBA, enjin kereta gagal dihidupkan.APAKAHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... pada katika itu aku sudah kalut. minta bantuan dari ayah??? tidak sama sekali! (merajuk dengan ayah, so tak boleh mintak tolong, tak pun kena marah marah sebab ni urusan duniawi yang mana aku belum cukup makan garam). aku harus tiba di SHAH ALAM tepat pada jam 9 pagi dan jam telah menunjukkan pukul 8.25 pagi. namun masalah dapat diselesaikan dengan meminjam kerata orang lain. fuhhhhhhhhhhh..lega. namun kelegaan ini amat merisaukan aku, kerana kereta yang diberi pinjam itu adalah MANUAL dan enjin TURBO! oh no! can I survive????


kalau anda semua nak tahu,perjalanan tu horrible gle! asek mati je enjin die.. sebab aku da biasa bawa auto, bila bawak manual mulalah terhenjut-henjut macam kuda, mak ai turbo pula tu. sepanjang-panjang lebuh raya aku lah gadis paling HOT sebab bawak kereta semput-semput sengan keadaan yang JEM gile. bayangkanlah.. sepanjang perjalanan aku sangat kalut dan asyik pok pek pok pek je. takut weh..lagi-lagi bila stuck kat bukit mampus la aku nak main clutch dengan minyak, macam harimau MENGAUM sejauh 10 kilometer(bayangkanlah kuatnya). adeh..rasa malu ada, segan, HOT pun ada gak( pada masa yang sama akupun pakai baju merah, hmmm  mak ngah menyala la wei)


selesai urusanku di shah alam, aku pulang dengan hati yang lega kerana segalanya berjalan dengan lancar. hatiku tetap runsing, bagaimanakah aku harus pulang dengan enjin kereta yang mati?dengan terpaksa dan tiada pilihan lain aku menelefon siapa lagi kalau bukan ayah:


aku: "hello, ayah kat mana?"
ayah: "kat klang baru jemput mama balik kerja"
aku: "ayah nak balik rumah petang ni, tappiiiiiiiii enjin kereta tak hidup"
ayah: "tu la semalam tak nak balik!, ada pentingnya kalau ko balik rumah, ayah boleh cek kereta tiap-tiap pagi. apa yang rosak apa yang tak ok, tengok bila ko tak balik macam mane ayah nak cek?"
aku :" so, ayah nak datang tak?"
ayah:"datang mana? buat apa"

aku:"sungai buloh la kan kereta tak hidup"
ayah: " buat apa ayah nak datang. betulkan sendiri selagi kereta tak hidup selagi tu jangan balik"
aku: "yela-yela"


pada ketika itu aku berfikir mungkin ayah hanya bergurau, mungkin dalam masa 45 minit akan tiba di sungai buloh...jadi tak perlu risau. hmmmm hari da makin senja da 2 jam sudah berlalu. ayah betul-betul marah ke? sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaa..T__T ayah tak datang pun. aku mengambil inisiatif lain untuk memohon bantuan dari kalangan sahabatku. HHHHAAAA.... mungkin si F ni dapat tolong aku, sebab dia kerja kat fire fly so expert la bahgian enjin-enjin ni. apalagi aku terus menelefonnya. dipendekkan cerita, aku kalau boleh nak setel masalah kereta ni malam tu jugak sebab aku nak tunjukkan kat ayah yang aku boleh buat.tapi, si F ni dapat tolong dan datang sungai buloh hari esokknya sebab ada hal-hal yang perlu diutamakannya.
encik F yang gigih bekerja
aku dengan kalut, memohon bantuan daripada fellow kolej iaitu encik shidee. agak bertanggunjawab juga la fellow ni sebab dia yang tolong aku bawa jumpa orang bahagian pengurusan asrama untuk menyelesaikan masalah ini. lalu, en Ipin(pengurusan asrama) meng'kontek' semua kenalannya untuk membaiki enjin. dengan keadaan yang riuh rendah pada malam itu, dengan seramai 5 orang pak guard dan en. shidee(fellow) termasuk aku, manjalankan "jumping" antara kereta ku dan kereta turbo itu.pada masa yang sama ayah menelefonku:

ayah: " hello adik, kereta macam mane?"
aku: "sekarang tengah wat jumping"
ayah:"dengan kereta ape"
aku:"kancil tapi enjin turbo"
ayah:" dah tak payah, matikan je semua. memang la tak boleh sebab cc kerta lain.mustahil boleh buat. itu kereta ayah. so ayah tahu apa maslah die. ni sebab bateri die!"
aku: "yeke? so esok kena cari bateri kereta baru la. harga berapa nak model macam mane?", serious aku buta pasal enjin menjin ni...T__T
ayah: "esok pergi kedai cakap kat orang tu guna enjin cc 2.2.. harga dalam lebuh kurang rm160. nak ayah beli ke ko nak beli sendiri?"
aku:"yela adik beli sendiri.................." (dengan nada sedih ingin meminta simpati namun tidak dilayan)
fellow asrama, encik shidee

kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan kerana aksi jumping meng-jumping itu gagal. ku berasa amat kecewa namun ku amat beterima kasih pada yang membantuku pada malam itu. pada keesokkan harinya encik F pun datang memberikan harapan terakhir agar aku dapat buktikan pada ayah yang aku bisa selesaikan masalah ini sendiri. encik F sampai pada waktu petang, pada waktu yang sama aku telah habis kelas. encik F pun mengecek-ngecek dan tindakan pertama adalah dengan menukar bateri keretanya untuk memastikan bahawa masalah utama enjin tak boleh di hidupkan adalah masalah bateri. dengan gigih dan tekun encik F membaikinya..almaklumlah orang kerja kat fire fly..tabek weh!!!! TERBUKTI bahawa bateri kereta bermasalah.

dengan segera mendapatkan bekalan bateri baru di bengkel-bengkel berhampiran. sewaktu di bengkel, alamak rambang mata la mana satu nak beli bateri ni....(walhal bateri kereta aje ok!). apa lagi telefon ayah macam mane nak buat:

aku:"ayah macam mana nak beli bateri ni..ayah kate rm 160..yang ada rm 2ratus lebih je"
ayah:"tengok cc kereta la...."
aku: :"yela nak beli yang maintaince free ke? nak yang sel basah? sel kering? serious aku da pening tak pahm tak paham." last-last aku suruh encik F cakap sendiri dengan ayah..HAA... senang cite ok!
encik F dan ayah:"@#$%^&*_)(*&^%$@#$%^&*()(*&^%$#@$%^&*()(*&^%$%^&*," eh F ni cakap apa lama gile, kate nak cakap pasal harga. ni asyik cakap ye ye ye ye je..alah lantak la..janji kereta selamat
ayah: "nanti jangan lupa bile da beli, time nak pasang bateri tu balik, kena pastikan anod dan katodnya..pasang bateri ikut warna JANGAN SALAH! nanti shot kereta tu da rosak the whole system engine. dah rosak kena lagi rm 2 ribu!
aku:"OMG!!!! gila la...tak pe suh encik F la...die terer...

sewaktu pulang ke kolej tempat keretaku tersadai, sempat lagi aku korek rahsia pe yang si F ni dok cakap "ye ye ye". rupa-rupanya mengumpat aku la tu.. si F terlepas cakap, die kate yaang ayah aku ni garang dan asyik kate yang aku ni kurang lagi makan garam, tak cukup lagi pengalaman hidup da bla bla bla.... hmmmm.. memang aku kurang makan garam pun, ni la tiba masanya makan garam lebih sikit!

setibanya dikolej, encik F meneruskan kerja-kerja amal jariahnya... HIDUPPPPPP PUN KERETA. YES!!!! boleh balik rumah. HEBAT SUNGGUH! hiha... ku amat berterima kasih dengannya. "terima kasih daun keladi, lain kali mintak tolong lagi,ok?,"

lega....satu masalah selesai tanpa melibatkan ayah hanya berkomunikasi di talian sahaja. OOpppppsssss.. berbalik pada kisah cermin yang pecah tu...hmmm rasanya takut gila..mana aku nak cari rm 1.5k..adoiiiii..

tiba-tiba aku mandapat telefon daripada ayah pada lewat petang:

ayah: "hello adik, yang pasal kerata pecah cermin tu biarkan dulu, nanti ayah uruskan"
aku:" ye ye ye (nada sedih walhal hati gembira sebab aku selamat!!!!)
ayah: " ok da.bye"

aku pemandu berhemah!
hehheeee...... selamat selamat selamat hingga tak terkata apa.pada firasat aku. mungkin nak claim insurance kowt la....... FUUHHH~~~~ makin jahanam benda yang ada kat tangan aku ni..

jangan lupa nantikan sambungan alkisah hindustan si daun pisang~~~~

Sunday 6 March 2011

siapakah dia yang tercipta untukku

ahad melabuhkan tirainya, berdesing laungan mama mengejutkan aku daripada lamunan tidur. "adik, bangun cepat. nak pergi puchong hari ini. cepat bangun pak long da janji nak pergi sama pukul 10,". sejurus mama beredar, aku merebahkan kepala kembali (sambung tidur la) tapi, rasa tak sedap hati, ku gigih kan diri bangun tidur untuk gosok baju kemudian bersiram. "hmmmmmmmmmm da pukul 10pagi, mama dengan ayah kat mane?", bisikku dalam hati sambil menggaru kepala. ouh rupanya ayah sedang giat mencuci kereta barunya dan mama sedang sibuk memberi makan pada kucing-kucingku. kucingku ad 6 ekor kesemunya, tetapi dua daripada cacat jadi mama dan ayah memang sayang akan mereka dengan memberikan perhatian yang lebih (aku?? alahhh tak cemburu walau sedikit pun). selepas mandi, aku bersiap dengan mengenakan baju kurung berwarna kelabu dan berselendang. ku menambahkn make-up diwajahku agar kelihatan manis. yela...kan nak pergi rumah orang kawin, sambil berwalimatularus sambil menikmati ciptaan tuhan( you get what i mean) hhahaaaa...

susah betul cari rumah pengantin ni ( rumah saudara jauh la katakan, jadi tidak begitu pasti mana satu jalan yang betul). pusing punya pusing punya pusing... akhirnya sampai. "aik? tak ada orang pun? salah rumah ke?," keluh dihatiku. laaaaaaaaaa..patut pun, masuk ikut belakang rumah (inilah akibat tersesat jalan tadi). lagipun majlis perkahwinan ni, dikendalikan oleh 'caterer'. jadi, tetamu yang hadir adalah sangat terikat pada waktu yang telah ditetapkan dalam kad jemputan (lebih-lebih lagi jika tuan rumah adalah orang melayu). berlainan jika dikampungku, para jemputan dialu-alukan untuk datang seawal malam hari sabtu dan berterusan hingga ahad. biaslah orang kampung masak secara gotong-royong. (so, makanan tu available pada bila-bila masa).

aku sangat kurang gemar nasi minyak, jadi aku tiada pilihan selain makan nasi putih. biasalah lauk rumah orang kawin ni, aku ambil daging masak kari, sambal sotong, kuah acar dan dua potong oren sunkis. aku makan dengan gelojoh kerana dari pagi tidak menjamah walau sedikit pun. TETAPI, aku masih dapat meng"control" ayu. hahahahaha...sopan lagi la, bukan la macam raksasa makan. SOPAN dan AYU ok?
mia bersama adib..amboi-amboi
TIBA-TIBA, ada seorang pakcik menghampiri mamaku. (pada firasat aku, sure pak cik ni taun rumah sebab lengkap berbaju melayu putih dan bersongkok dan cukup bergaya dengan cermin mata gelapnya. apalagi, sambil makan. sambil pasang telinga lah.....

 tuan rumah : "anak kamu perempuan sorang kan?"
mama: "eh tak la, ada dua orang"
tuan rumah: "24 kan umurnya, yang sulung tuuu?"
mama: "ha'a"
tuan rumah &mama :"@#$%)(*&%@#$%^&*(&^#$%^&*(@#$%^&*(&^"
tuan rumah: "kita hanya merancang, yang selebihnya tuhan yang tentukan"
mama hanya tersenyum-senyum.

APAKAH? owh malas nak ambil tahu, baik aku makan.. lapar ni. terdetik pula hatiku nak bawak DSLR time pergi kenduri kawen ni. bawak jela lagipun bukan rumah orang lain saudara aku gak. So, lepas makan apa lagi dok snap gambar jela. oleh kerana aku sangat amatuer, berkali-kali gak la aku amek gambar yang sama sampai dapat snap yang power. hahhaa. sampaikan semua tetamu ingat aku jurugambar tuan rumah. WAH! aku ada style la.... heeeeeeeeee..sebenarnya, tuan rumah tu pun ada photographer die gak. COMEL COMEL COMEL! hahhaaaa... ( oh bukti yang mengatakan bahawa.." its normal for a girl like me being attracted to a guys thus showing me im not lesbian.hahahah).
nokia>laptop>dslr. nanti upload yang real kasi cun lagi
pelamin>choc gold
ini bunga
catalog ke?haha

sedang aku asyik mencari view paling hebat, tiba-tiba aku disergah tuan rumah. "eh? pak cik nak apa" tanyaku dengan penuh dengan persoalaan. "ambillah gambar ini anak pak cik ni." katanya. "aku hanya tersenyum-senyum tanpa mengambil sebarang tindakan.pak cik ni beria-ria sangat lalu dipanggil anaknya untuk bergambar bersama (gambar anak dan bapa). aku jadi kaku, erkkkkkkk....nak tekan apa ni, nak guna mode apa ni? auto focus?manual fokus? auto snap? so.......aku main tembak dan ambek je sebab kalut. tindakan aku diperhatikan oleh saudara-maraku yang lain begitu juga dengan mama dan ayah. MALU la... apatah lagi jejaka itu. keh keh keh.rock la that guy, rambut die panjang dan rebond ada gaya macam artis. seriously!
what do u expect????

tak sabar timang cucu ke ma?
apakah yang ada difikirannya?
umur jejaka itu pun 24 tahun gak...ouh!macam mana aku nak bagi respon bila mama tanya, aku pun tak tahu. sesungguhnya kakak tidak tahu menahu mengenai perkara ini lagi. kalau dia tahu, macam mana agaknya.hmmmm orang tua-tua biasala tu..entah ye entah tak. gurau-gurau je kot. disaat ini aku masih berfikir mungkinkah aku akan bertemu si jejaka CAMRY... nantikan entry yang akan datang. bak kata pak cik tuan rumah "kita hanya merancang, tuhan saja yang menentukan". siapakah dia yang tecipta untukku...........

alkisah hindustan si daun pisang

sambungan entry  gian (2).....



saat aku TERBANG DI KANYANGAN , tiada apa yang kufikirkan melainkan si LC. oh tidak! LC baru lahir 3 hari yang lalu, sudah terlibat dalam kemalangan. adakah aku yang cuai? hmmmm.. sudah takdir apa lagi yang boleh ku buat. ketika itu aku ayu berbaju kurung, akibat daripada terlanggar bonggol aku tercampak ala-ala superman terbang tak jadi. cerun jalan raya yang aku turuni bersama hujan lebat yang menyimbah bumi, membuatkan kemalangan bertambah tragis. badanku terhempas diatas jalan tar dan sempat untuk berguling-guling untuk beberapa kali dan akhirnya aku terseret untuk lebih kurang 25 meter daripada bonggol. yang paling teruk, ketika aku berguling-guling, helmet yang aku pakai cukup sempurna boleh tertanggal dan bergolek jauh daripada aku. begitu juga dengan nasib kedua-dua kasutku, turut tertanggal dan bertempiaran entah kemana. apabila difikir-fikir da macam kisah hindustan si daun pisang.*alahai*

ketika itu, aku teringat akan BAS RAPID KL yang ada dibelakangku. sejurus aku berhenti bergolek, aku terus bangun tanpa menghiraukan keadaan sakit dibadanku. aku takut jika aku akan digilis oleh bas. cepat-cepat aku mancari dimana sepatu ku dan segera menyarungkan di kakiku. habis bukuku di bakul bertaburan.OH TIDAK, buku hancur kena air, buku tu mahal..T___T. si LC turut terpelanting dan terheret hingga tempat duduk terbuka. habis segala kit skru dan playar juga bertaburan. aku dengan keadaan yang kelam kabut sudah tidak keruan apa yang patut aku lakukan.

disaat aku menoleh kebelakang ketika bangun daripada tersungkur oleh kerana takut digilis bas, aku terasa amat LEGA kerana bukan lah bas seperti yang disangka. RUPA-RUPANYA ada sebuah toyota CAMRY 2.2G berhenti dibelakangku. fuuuuhh~~~~ sangat lega. segala kesakitan badan dan kekalutan hilang apabila seorang jejaka membuka pintu keluar untuk membantuku yang malang ini. PERGHHH~ jantungku bagai nak tercabut dek kerana indahnya ciptaan tuhan ni. (senang cerita hensem la *.*) dengan segera pemuda itu menanya kepadaku, "ok tak?" aku membalas,"eh tak ad ape-ape, saya ok.". ketika itu kami berdua sedang sibuk mencari helmet yang bergolek, buku yang bertaburan dan skru yang bertempiaran.

setelah semua hartaku dikutip, pada masa yang sama juga, terdapat juga kereta ATOS dari arah yang berlawanan berhenti untuk membantuku. pasangan kekasih kereta itu sangat SANGAT perihatin. dengan segera mereka berdua keluar daripada kereta untuk membantu. si boy friend terus mengangkat si LC yng terbujur dan terus menghidupkan enjin.pada ketika itu, aku sangat TAKUT! "takkanlah moto da rosak, ayah baru beli, matila aku" getus hatiku. si jejaka terus dan terus mencuba untuk menghidupkan enjin dan akhirnya berjaya. ku menarik nafas lega yang sangat panjang. si girl friend membuka payung dan kami berdua berteduh bersama dan si girl friend tidak putus-putus menanyakan perkhabaranku. aku menjawab,"saya ok. terima kasih banyak-banyak".


setelah semuanya selesai dan redha, pasangan kekasih itu pun bergegas pergi, mungkin mereka ada kelas. cukup bersyukur kerana masuh ada yang ingin membantu. OH! tidak lupa pada si pemuda CAMRY, sempat dia bertanya kepadaku,"nak saya hantakan awak balik kolej ke?". niat dalam hati nak je berkata YA, apakan daya aku amat risau akan LC. aku harus bertanggungjawab keatasnya tanpa meninggalkanya ditempat kemalangan. aku menjawab, "eh tak pe, saya ok. saya boleh balik sendiri". setelah semua selamat, pemuda itu dengan segera pergi untuk mengalihkan kenderaan yang telah menyebabkan seluruh kawasa dalam kampus sesak dan jem keranaku. oh tidak, aku tak sempat nak ucap terima kasih kepadanya kerana keadaan sangat kalut.


ketika itu hujan masih lagi lebat, aku segera pergi ke arah LC yang juga cedera. kesian betol LC, aku amat bersalah. mana taknye, cermin sisi tercabut dan pecah, alignment untuk handle memang da senget dan juga banyak calar balar dek terseret. aku gigih memandu pulang ke kolej dan setibanya dikolej, aku terus menangis. aku tidak tahu kepada siapa aku harus mengadu. nak mengadu kepada ayah, OH TIDAK SAMA SEKALI! kalau ayah tahu aku excident moto, aku takut ayah marah. ayah pernah warning kalau aku excident, ayah nak tarik balik moto. tak nak tak nak, tak mahu naik bas. ketika itu, baru aku perasan yang baju hujanku koyak, tidak terkecuali baju kurungku turut koyak rabak. beg guess ku juga turut tercalar (sedihnya, beg ni mama yang kasi)



biarlah kusimpan dalam hati, aku masih ada tanggungjawab sebagai pelajar untuk ke kelas pada jam 8 malam. ketika sampai dikelas, aku mengadu kepada roommateku, dia sangat terkejut dengan apa yang terjadi, semua bagaikan sekelip mata, dan pada masa yang sama badanku terasa sakit-sakit dan kakiku mula bengkak-bengkak.habis je kelas, aku balik bilik dan terasa sangat tak senang hati. APAKAH YANG HARUS AKU LAKUKAN? untuk melegakan hati yang runsing ini, dengan segera aku menelefon ayah.

apabila ayah tahu aku kemalangan, ayah tidak mahu bercakap denganku dan telefon diberikan kepada mama. mama sempat menanyakan bagaimana keadaanku. aku segera manjawab yang aku tidak cedera melainkan sengal-sengal badan. mama terus menyuruhku pulang untuk pergi mandapatkan urutan tradisional. aku menolak kerana banyak assignment yang perlu diselesaikan. walaupun ayah tidak mahu bercakap denganku oleh kerana marah yang teramat, suaranya amat jelas sekali ku dengar melalui telefon. hal ini  kerana ayah menjerit sebab apa yang ayah janngkakan sudah terjadi, apalagi mengamuk lah tu. sempat lagi menjerit menanyakan bagaimana keadaan moto. aku menjawab moto sihat walafiat sahaja, hanya terguris sedikit. padahal aku menipu kerana aku takut moto akan ditarik balik.


hari demi hari, masa pun berlalu. badanku semakin sakit. bukan sakit sedikit, tetapi sakit yang teramat. tidak boleh bangun lagi-lagi bahagian dada dan keatas. pada masa yang sama, aku turut demam panas. aku sudah mula risau. mulalah tebayang-bayang, mungkinkah aku mengalami pendarahan dalaman atau pun keretakan tulang? hanya tuhan sahaja yang tahu..........pada masa yang sama, aku berfikir mungkinkan aku akan bertemu sekali lagi wahai si pemuda CAMRY untuk ucapan terima kasih???....................................bersambung

Saturday 5 March 2011

kalau hati sudah berkenan, tidak kemana

dalam banyak-banyak aset yang aku ada, rasanya handphone aku la yang paling tinggi nilai nya. laptop ni pun dahulu kala ada yang meng'sponsor', itupun dah hampir 5 tahun lalu. tapi komputer riba aku masih setia berbakti denganku. helloo, tengoklah tangan siapa yang dodoikan setiap hari kan. hehehe..sekarang aku ingin memiliki aset yang lain iaitu DSLR. usha punya usha harga di pasaran, sekurang-kurangnya bajet yang perlu ade tidak kurang daripada 2k. mane nak korek duit ni, aku pun tak kerja,tak ada mata pencarian.

rentetan daripada alkisah "mama..nak satu boleyh" entry yang lalu, aku masih mencari peluang yang ada untuk memilikinya. hehehehe.. dalam masa 4 bulan aku cuba kumpul duit sendiri sebab teringin giler la sampai terbawak-bawak dalam mimpi.( macam tak ad bende lain nak mimpi je).TETAPI, ingin memiliki aset yang aku maksudkan perlukan kaji selidik dulu, bukan main beli je sebab harga die mahal dan need to think wisely for future investment and all decision is in your hand! you know what, a LOT of model and product of it in the market. sure rambang mata. all brands such as nikon, canon, olympus, sony etc. each of company offering you different price,different features, technology and so on.

tengah deal harga ngn takeyh!
dulu angan-angan je, tak berniat sangat nak ada satu pun. decision die 50-50. kalau ada bagus, kalau tak ada pun tak pe. OLEH KERANA, dengan tidak sengaja aku menonton tv rancangn REMAJA TV3 yang mana episod pada ketika itu memaparkan bagaimana teknologi videografi dihasilkan, aku jadi begitu teruja. WOW! extremely interesting ko tau! BEST! best! hasrat nak memiliki DSLR jadi membuak-buak, fuyooooooo... dengan ada DSLR, bukan sahaja terikat pada fotografi malah videografi juga. sejak daripada tu, aku hari-hari dok singgah page CST production kat fb page. a lot pro and cons in this website ( in my opinion) so ambil yang baik-baik je.

terlampau banyak model DSLR, so tak tau nak pilih yang mana.JIMI, cousin aku gune NIKON D90, the other cousin, NUEQ using OLYMPUS but not sure which model that hes using. SO, mintak pendapat dari mereka-mereka ni juga. jimi ni asyik promote nikon die je, tapi nueq tak kisah pun nak pilih yang mana satu. untuk tidak berat sebelah pada brand-brand tertentu, aku cari lagi pendapat orang lain lagi especially DSLR owner. SAFWAN, dslr owner for canon said that, canon ok la, senang nak setting aperture and ISO. ZANA,en FAIZ, SHUKRAN, K-EN dslr owner for nikon said the same as well tapi untuk nikon la. berdasarkan pendapat mereka ni, aku pun buat konklusi yang mana, kalau kita dah biasa guna kat sesuatu brand, kita akan kata senang. oleh kerana member aku ramai yang guna NIKON, hati berat kat nikon je.

sebelum aku tanye pendapat daripada DSLR owner, aku dah ada target sendiri iaitu CANON. kenapa aku pilih CANON sebab:

1) canon come with full HD video-graphic compare to other brand such as NIKON, OLYMPUS, SONY alpha etc. for future investment, i would like to have 2 in 1 photographic and video-graphic. even-thought  i am zero skill on them, but we still can learn.sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. chheseeee...
2) walaupun NIKON(made from thailand) lahir dulu sebelom CANON(made from japan), dua-dua sama hebat. both of these brand are well known as DSLR company. compare dengan OLYMPUS, terkenal dengan lens product especially in microscope. while canon, popular dengan produk seperti televisyen, radio, mp3,mp4, laptop etc. so kita tengok product specialties die( kne belajar marketing ni)
3)pilih sesuatu produk yang friendly user esp NIKON and CANON. nanti kalau ada masalah dengan DSLR senang nak cari center kat mane, nak cari spare part.
4) tepuk poket, tanye bajet!

niat dihati canon sahaja, tapi nak piih model yang mana SATU?! haiyaa... mencabar giler. then cri lagi kat tenet mana yang sesuai. dok singgah CST lagi, rupa-rupanya banyak yang macam aku rupanye, baru nak beli. So, semua komen yang membina aku ambil. key word die " how to choose which model for beginner but with pro-features?" YES! THIS IS WHAT I WANT... the answer is 550D and 60D as well. the answer come from the expert.setelah ditimbang tara baik dan buruknya aku pilih 550D. walaupun ramai yang mempengaruhi keputusanku, aku masih tidak berganjak. tapi bila da hari-hari, goyah jugak la.mulalah pening kepala.

jadi, aku teruskan membaca dan survey. boleh la tengok kat  http://shashinki.com/shop/ atau - ShaShinKi.com ~ Malaysia's First & Largest Online Camera Shop. kalau nak tahu market price tgk la kat situ. compare harga n try survey kat kedai2 camera. harga selalu boleh bargain dan jangan terburu-buru sangat beli. tgk package ape yg dorang kasi n accesories ape yg include skali.survey baik2 n make sure warranty valid tau. jgn warranty kedai.


tindakan yang seterusnya pula, harus survey harga di outlet pula. PERGH!!!! penat betol. destinasi yang pertama adalah di KLANG PARADE- kat KP ni ada 3 @ 4 kedai digital. seterusnya, SUBANG PARADE- kat SP pun ada 3 @ 4 outlets. kemudian MID VALLEY MEGA MALL- kat mid pun banyak. lasty kat SUNWAY PYRAMID- pun banyak jugak.LETIH letih..RAMBANG MATA SANGAT-SANGAT! oleh kerana keliru antara dua so survey D90 and  550D harga mcm lebih kurang je.D90 18-105mm >rm 3.3k..pastu 550D 18-135mm>rm 3.7k, kalau 550D 18-55mm> rm 2.8k. so pendapat from the senior amat diperlukan sekali lagi:

orang tu kata :
"better 550D sebab teknologi lebih canggih dari D90. movie full HD, MP lebih, ISO lebih, FPS pun rasanya lebih.tapi semua tu terpulang kepada orangnya. ada orang suka d90, ada orang prefer canon.

canon - lens murah sampai mahal, flash mahal, built in qualiti blakang sikit je dari nikon.

nikon - built in bagus cuma mahal, lens mahal, flash sederhana mahal. cuma lens nikon mahal, quality die bagus.

cume hati2 dengan canon, lens dia ni byk sgt jenis. since harge die ada yang murah sampai paling mahal, so kena ati2 beli. bila ada lens lebih dari 100mm, better lens tu ada IS (image stability). USM option untuk silent focusing. L lens utk luxury lens (mahal)

Nikon lens, skang ni satu jenis AF-S. Biase kalo AFS tele ada VR (Vibration reduction) dan mmg silent motor dan focusing laju. N lens untuk lens mahal.

p.s: kalo nak test d90 boleh try dekat Times, Nikon Service centre. dekat sane d7000 pun ada. but still d7000 is replacement for d90 in upcoming years"

ha? korang nak pilih yang mane? tepuk poket tanya bajet ye...

apabila dah ada target dan bajet tetap, apakah langkah seterusnya?

1)standard orang jual, camera + beg + kad + tripod (ada yang tak bagi). biasa beg kalo nikon diorg bagi yang stock biase, kecuali kedai tu mmg authorized dealer nikon. canon tak pasti, tapi selalunya stock biasa.

2)kad memori skang standard org bagi 4gb (class 2 or 4, class 10 selalu kene beli. lagi tinggi class lagi laju). tripod kalo kedai bagi, dia akan bagi yang biase punye.kalau nak guna HD, make sure memory card more than 4gb. ambil 16 gb la better. if not u'll facing problem with your DSLR tau.

3)filter pun tengok kedai. kalo bagi stock biasa, kalo tak die suro beli. nak beli later pun takpe. filter ni byk jenis; UV cap ayam, UV multicoated, CPL cap ayam, CPL mulitcoated. Paling basic beli UV cap ayam (below RM50). Cap ayam = non branded or well known (kenko, hoya, marumi, B&W) lens protector biasa diorang jual, rege dalam rm20-rm50 tgk jenis. kalo nak high quality boleh beli jenis GGS.

4)benda yang wajib ada utk barangan baru: warranty manufacturer (eiter nikon or canon malaysia), kalo warranty kedai ok gak cuma risk dia tinggi sikit. cleaning set perlu ada (terpulang nak beli terus or tak, try risik rege dulu). cleaning set yang wajib ada paling cikai blower dengan lenspen (bentuk macam pen).

5)tripod kalo takde, nak beli trus pon boleh. extra batt optional, nak beli trus boleh taknak pun boleh. bateri grip optional. speedlight later on. Diffuser nak beli untuk built in flash optional, nak beli lagi bagus.

6)satu saranan, catit ape benda nak beli then rujuk Shashinki.com untuk harga lantai. Later then, cari benda yang same dekat kedai, kalo lagi mahal dari Shashinki jangan beli dari kedai, better beli Shashinki aje.
AKHIRNYA>>>>>>>>>>>>>ini yang aku dapat:
yahooo~